GISBH: Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan hujung bulan ini

Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini belum diterima secara rasmi lagi, keputusan itu akan dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa negeri pada akhir bulan ini

8:04 PM MYT

 

SEREMBAN – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan akan membuat keputusan sama ada perlu mengeluarkan fatwa khusus GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pada hujung bulan ini, kata Mufti negeri Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badaruddin.

Beliau berkata sehingga kini, jawatankuasa itu masih melihat relevansi fatwa al-Arqam pada 2016 bagi menangani isu GISBH.

“Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini belum diterima secara rasmi lagi, keputusan itu akan dibawa ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa negeri pada akhir bulan ini bagi melihat keperluan sama ada satu fatwa khusus GISBH perlu dikeluarkan atau tidak.

“Negeri Sembilan masih merujuk kepada fatwa al-Arqam 2016 bagi penguatkuasaan terhadap pengikut GISBH. Penguatkuasaan dan pendakwaan di mahkamah juga berdasarkan warta berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI Datuk Dr Nooh Gadut berkata mesyuarat jawatankuasa itu yang bersidang pada 24-26 Sept lepas yakin dan berpuas hati dengan hujah dan fakta yang dikemukakan oleh penyelidik mengenai GISBH.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi penyelewengan al-Arqam pada 2016 terhadap ajaran dan kepercayaan pengikut GISBH di negeri ini. – 14 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related