Malaysia tangga kedua tertinggi di Asia untuk buli siber

Pembulian siber sukar dikesan kerana ia sering berlaku di ruang peribadi, jauh dari pandangan ibu bapa dan guru

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Gelombang kebudayaan Korea atau K-culture bukan saja terkenal dengan muzik K-pop atau drama-drama sentimental, tetapi juga melalui platform kreatif seperti YouTube.

Salah satu contoh terbaik adalah Kwak Joon Bin, yang lebih dikenali sebagai KwakTube.

Dengan lebih daripada 2 juta pengikut di salurannya, Kwak telah berjaya membina empayar digitalnya sendiri dengan berkongsi pengalaman hidup di Azerbaijan dan pelbagai program realiti.

Pada Anugerah Siri Blue Dragon yang ketiga, Kwak menyentuh hati penonton dengan ucapannya.

Di sebalik kejayaan luar biasa penerima Anugerah Pelakon Baru Lelaki Terbaik itu, Kwak mengupas sedikit sebuah kisah pedih yang tersembunyi dari masa lalunya.

Pengalamannya menjadi mangsa buli di sekolah, termasuk dipaksa membeli makanan untuk rakan-rakan, dicuri barang-barangnya malah pernah ditikam dengan kompas matematik.

Corak kejadian budaya buli kini dah berubah. Dengan peningkatan penggunaan teknologi, lebih 90% kanak-kanak Malaysia ada akses internet seawal di sekolah menengah.

Mengikut laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) 2020, ia menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan kedua di Asia bagi isu buli siber dalam kalangan anak-anak.

Tetapi kenapa pembulian siber ni begitu berbahaya? Sebab ia berterusan, kekal, dan merebak pantas.

Komen-komen toksik yang ditinggalkan dalam talian disebarkan berlipat ganda. Kalau dulu anak-anak boleh dapat perlindungan di rumah daripada pembulian fizikal, kini pembulian siber menghantui mereka ke mana-mana.

Pembulian siber sukar dikesan kerana ia sering berlaku di ruang peribadi, jauh dari pandangan ibu bapa dan guru.

Ia berlaku dalam talian—lebih licik, lebih tersembunyi di sebalik skrin komputer ataupun telefon bimbit. Media sosial, bilik sembang peribadi, platform permainan—di sinilah ramai kes buli siber terjadi.

Ibu bapa adalah barisan pertahanan pertama dalam melindungi anak-anak mereka daripada pembuli siber tetapi menjejaki aktiviti dalam talian anak-anak mereka boleh menjadi tugas yang mencabar.

Namun, terdapat beberapa tanda-tanda yang boleh diperhatikan yang mungkin menunjukkan bahawa anak anda sedang menjadi mangsa pembulian siber.

Ini termasuk beberapa perubahan yang ketara dalam tingkah laku harian mereka. Selalunya mangsa nampak cemas bila dapat notifikasi, mesej yang mengancam, atau komen yang memalukan di media sosial.

Yang biasanya tidak boleh berpisah dengan telefon tiba-tiba menjauhkan diri daripada notifikasi atau mesej yang menyakitkan.

Mangsa akan mula menarik diri dari aktiviti sosial, mengelak daripada bertemu rakan atau menghadiri acara yang biasa mereka minati, kerana rasa malu atau terasing akibat komen toksik tersebut.

Prestasi akademik juga boleh merosot dengan mendadak kerana tekanan emosi yang mengganggu tumpuan mereka di sekolah.

Gangguan tidur ataupun tidur berlebihan, adalah satu lagi tanda bahawa tekanan akibat buli siber mempengaruhi mental mereka.

Selain itu, perubahan emosi yang ketara, seperti kemurungan, mudah marah, atau sedih tanpa sebab jelas, menunjukkan bahawa mangsa mungkin mengalami trauma emosi akibat buli siber.

Tanpa jalan keluar yang jelas, mangsa mampu mengancam kesihatan fizikal atau bunuh diri.

Peranan aktif ibu bapa dalam memantau anak-anak dan mencipta persekitaran komunikasi terbuka adalah kunci dalam membina ruang digital yang selamat dan positif untuk mereka.

Aplikasi kawalan ibu bapa dan semakan privasi secara berkala boleh membantu memastikan ruang dalam talian anak anda selamat.

Mengikut Kementerian Pendidikan, program pendidikan dan kesedaran diwajibkan di semua institusi pendidikan bagi meningkatkan kesedaran pelajar mengenai risiko dan kesan buli siber, terutama di awal sesi persekolahan.

Contohnya Program ‘My Cyber Hero’ yang mempromosikan keselamatan dalam talian dan membina pelajar sebagai ‘wira siber’ yang menyebarkan mesej positif.

Selain itu, terdapat juga program pencegahan dan rawatan kaunseling di sekolah yang bertujuan menangani kes buli siber, melalui pendekatan yang lebih komprehensif.

Malah, seminar kesedaran yang diadakan di insititusi pendidikan tinggi seperti Projek #Cybercancelled di Universiti Sains Malaysia menggalakkan perbincangan mengenai cara-cara untuk menangani dan mengatasi buli siber serta memberi peluang kepada peserta untuk mendengar pengalaman peribadi mangsa.

Dengan kerjasama di antara pihak sekolah dan syarikat pengendali perkhidmatan telefon bimbit, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya melancarkan Program Klik Dengan Bijak dengan kerjasama program Pusat Ekonomi Digital (PEDI) bagi meningkatkan kesedaran mengenai buli siber di kalangan pelajar.

Program ini melibatkan beberapa aktiviti penting termasuk taklimat dan sesi interaktif tentang risiko dan kesan buli siber kepada pelajar dan pendedahan kepada masyarakat tentang isu-isu digital termasuk buli siber.

Selain itu, program sebegini membantu pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan daya kreatif mereka melalui aktiviti bercerita dan karangan.

Dalam ucapannya, Kwak memilih untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menolong mengurangkan impak kesan negatif buli terhadap kesihatan mentalnya.

Dengan kerjasama antara institusi pendidikan, pihak berkuasa dan masyarakat, kita akan dapat mewujudkan ruang dalam talian yang lebih selamat dan menyokong kesejahteraan emosi generasi muda. – 14 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related