Vivy, suami beri keterangan hampir tiga jam kepada SPRM

Pasangan itu selesai memberi keterangan hampir tiga jam berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta hari ini

5:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasangan pengasas bersama platform e-dagang, FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) selesai memberi keterangan hampir tiga jam berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta hari ini.

Proses mengambil keterangan Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzarudin Shah Anuar difahamkan selesai kira-kira jam 4.23 petang sebelum kenderaan yang membawa mereka meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Namun pasangan berkenaan tidak memberikan sebarang komen kepada media yang menunggu di luar pekarangan sejak jam 10 pagi.

Terdahulu pasangan itu hadir sekali lagi hari ini untuk menyambung rakaman percakapan susulan kerugian pelaburan dana Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Vivy dan Fadzaruddin antara enam individu yang dirakam percakapan susulan serbuan SPRM di empat lokasi iaitu pejabat FashionValet, selain Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB, sebelum ini.

Semalam, Vivy dan Fadzarudin mengambil masa selama kira-kira sembilan jam di SPRM mulai 2.30 petang sehingga 10.30 malam.

Sumber sebelum ini memberitahu Scoop, pihak SPRM akan menyambung soalan mengenai dokumen-dokumen yang diambil dari pejabat FashionValet.

Pada Isnin, SPRM telah mengambil beberapa dokumen berkaitan pelaburan dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) di beberapa lokasi.

Difahamkan, ia dilakukan serentak di Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah, PNB dan ibu pejabat FashionValet di Bangsar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara berkata, pihaknya mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di empat premis. – 6 November, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related