FashionValet, alami kerugian sebelum dan selepas terima pelaburan RM47 juta dari Khazanah, PNB

Ketika Khazanah dan PNB membuat pelaburan pada 2018, rekod menunjukkan FashionValet mencatatkan kerugian RM103.3 juta selepas cukai dari 2017 hingga 2022

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyata kewangan Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) mendedahkan platform e-dagang itu mencatat kerugian berturut-turut selama enam tahun termasuk tahun di mana Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) melabur sebanyak RM47 juta.

Antara tahun 2017 dan 2022, FashionValet, yang diasaskan oleh Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dengan fokus awal pada barangan fesyen pihak ketiga, mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM103.3 juta selepas cukai.

Pada 2018, ketika Khazanah dan PNB masing-masing melabur sebanyak RM27 juta dan RM20 juta ke dalam FashionValet, syarikat itu mencatatkan kerugian sebanyak RM20.18 juta selepas cukai – peningkatan mendadak sebanyak RM9.4 juta daripada tahun sebelumnya.

Dokumen syarikat yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan red flags telah dibangkitkan berhubung keupayaan FashionValet untuk meneruskan operasi perniagaan, dengan laporan tahunan 2022 menyatakan liabiliti semasa syarikat melebihi aset semasa sebanyak RM8.4 juta.

Namun, ia juga merekodkan lembaga pengarah FashionValet menganggap syarikat mampu meneruskan operasi dan memenuhi kewajipan kewangan.

“Pada pandangan pengarah-pengarah, kumpulan (FashionValet) mampu meneruskan operasi meskipun kedudukan liabiliti semasa kerana pengarah berpendapat kumpulan itu akan dapat menjana aliran tunai bersih dari aktiviti operasinya untuk tempoh 12 bulan dari tarikh penyata kewangan bagi memenuhi kewajipan kewangannya apabila ia matang,” kata laporan 2022 itu.

Sepanjang tahun kewangan tersebut, Vivy, Fadzarudin, presiden Capital A, Aireen Omar; ketua hal ehwal korporat MyEG Services Bhd, Benjamin Low dan naib presiden kanan pelaburan Khazanah, Nurul Iman Zaman tersenarai sebagai pengarah FashionValet.

Untuk rekod, kakak Vivy, Intan Safina Yusof yang didakwa dengan tuduhan pecah amanah pada 2020, berkhidmat sebagai pengarah untuk FashionValet sehingga Mac 2019.

Mengenai perbelanjaan FashionValet pada Januari 2021, dokumen tersebut menyatakan syarikat membelanjakan RM12.3 juta untuk pengubahsuaian.

Khazanah baru-baru ini mempertahankan pelaburannya dan mengambil ‘jalan keluar yang bertanggungjawab’ dari syarikat itu pada akhir 2023, turut menjelaskan FashionValet menghadapi cabaran kewangan semasa pandemik Covid -19.

Beberapa isu juga timbul mengenai anak-anak syarikat FashionValet, terutama pegangan 25% syarikat dalam entiti bernama DropIt Ventures Sdn Bhd, yang dianggap tidak aktif pada 2019 selepas mencatat kerugian sebanyak RM25,425 pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2021, FashionValet menjual sahamnya dalam DropIt untuk RM10, tetapi laporan tersebut tidak menyatakan berapa banyak yang telah dibelanjakan oleh FashionValet untuk memperoleh saham tersebut sebelum ini.

Laporan tahunan FashionValet juga menunjukkan penurunan nilai pelaburannya dalam anak syarikat bernama 30 Mable Sdn Bhd, yang mengendalikan jenama tudung dUCk oleh Vivy, melalui kerugian penurunan nilai sebanyak RM14.8 juta.

Selain itu, dokumen tersebut menyatakan jenama dUCk menghadapi kesulitan akibat persaingan sengit dalam industri fesyen dengan pandemik Covid-19 memburukkan lagi keadaan.

Ia sama seperti kenyataan yang dibuat oleh Vivy dan suaminya Fadzaruddin pada Jumaat, di mana mereka mengaku bertanggungjawab atas kegagalan FashionValet sambil mengaitkan kerugian dalam mengembangkan perniagaan ketika pandemik.

Kenyataan media Khazanah juga menyebut bahawa pandemik Covid-19 memaksa FashionValet untuk mengalihkan fokusnya dari beroperasi sebagai platform e-dagang untuk produk Asia Tenggara kepada mempromosikan jenama dalamannya, dUCk dan Lilit.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil beberapa dokumen berkaitan pelaburan dalam FashionValet Sdn Bhd FashionValet) di beberapa lokasi semalam.

Difahamkan, ia dilakukan serentak di Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ibu pejabat FashionValet di Bangsar.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya mengambil beberapa dokumen kewangan susulan serbuan di empat premis. – 5 November, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related