Perlembagaan Nafas digantung berkuatkuasa hari ini

'Keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dirayu atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah,' kata Amir Matamin

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) digantung berkuat kuasa hari ini, bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matamin berkata selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi Nafas.

“Dengan perintah yang dikuatkuasakan hari ini, Nafas mempunyai hak selaras dengan Seksyen 21 Akta Pertubuhan Peladang untuk merayu kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah ini.

“Keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dirayu atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah,” katanya pada sidang media Reformasi Tatakelola Nafas yang turut dihadiri Pengerusi LPP Datuk Mahfuz Omar di sini hari ini.

Amir berkata semasa tempoh penggantungan, Nafas akan diurus dan ditadbir oleh pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh beliau, untuk menguruskan hal ehwal pertubuhan itu.

Bagaimanapun beliau berkata Nafas masih terus beroperasi seperti biasa, dengan kakitangan dan pegawai sedia ada akan meneruskan sebarang urusan di bawah arahan pentadbir.

Pada masa yang sama beliau akan terus memantau tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan dengan memfokus kepada pemulihan semula pertubuhan berkenaan, selaras dengan objektif memperkasakan semua tatakelola dan tadbir urus yang baik, untuk kepentingan peladang-peladang.

Sementara itu, Mahfuz berkata Mohamad telah mengeluarkan arahan untuk memperbaiki tatakelola dan tadbir urus NAFAS selama sembilan bulan sejak 7 Februari yang berakhir semalam.

“Semasa di dalam tempoh perintah ini, Nafas telah diarahkan untuk menambah baik sistem tatakelola dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Pendaftar.

“Bagaimanapun dalam tempoh moratorium ini, telah berbangkit isu-isu yang menjurus kepada konflik dan ketidakharmonian dalaman di antara Jemaah Pengarah Nafas dengan Pengurusan Eksekutif Nafas,” katanya.

Beliau berkata isu itu telah menjejaskan operasi dan matlamat Nafas sehingga kepentingan am peladang juga terjejas.

Ditanya mengenai siasatan penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi, Amir berkata pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita tiada maklumat. SPRM belum buat apa-apa laporan kepada pendaftar. Pendaftar akan membuat penyiasatan dalaman di bawah Seksyen 20 (1), yang pendaftar sendiri mempunyai punca kuasa untuk audit dan buat siasatan dalaman mengikut Seksyen 19,” katanya.

Selasa lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya memulakan siasatan dan pembongkaran berhubung penyelewengan dan ketirisan projek pembekalan baja padi sebuah pertubuhan di bawah kementerian terbabit. – 1 November, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related