Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir di Valencia: Kementerian Luar

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau situasi banjir besar yang melanda kawasan timur Valencia, Sepanyol, susulan hujan lebat yang berterusan

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia yang berada di Valencia, Sepanyol dilaporkan terjejas oleh situasi banjir di negara itu setakat ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan agar berwaspada dan mematuhi panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau situasi banjir besar yang melanda kawasan timur Valencia, Sepanyol, susulan hujan lebat yang berterusan sejak 29 Oktober 2024.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Sepanyol, khususnya kepada mangsa yang terkesan akibat banjir ini.

“Malaysia mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berada di sana tetapi belum mendaftar atau mengemaskini keberadaan dan maklumat diri adalah digalakkan berbuat demikian di portal https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, atau mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid, seperti butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MADRID
Alamat : Ave. de los Madroños 63B, 28043 Madrid
No. Telefon : +34659894943 (24 jam)
E-mail: [email protected] – 31 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related