SPRM bongkar kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion

Projek itu dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh selama 30 bulan mulai 2021 sehingga 2023

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 billion.

Menurut sumber, siasatan SPRM itu menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih.

Selain itu, katanya, ia juga menjurus kepada kesalahan salahguna kuasa yang mungkin berlaku di mana ahli-ahli lembaga pengarah yang terlibat dalam membuat keputusan dan pemilihan syarikat-syarikat berkepentingan.

Projek itu, katanya, dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh selama 30 bulan mulai 2021 sehingga 2023.

“Pertubuhan itu dipertanggungjawab untuk menghasilkan baja padi dan mengedarkannya kepada pesawah di seluruh negara melalui pejabat pertubuhan peringkat negeri masing-masing.

“Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu telah menggunakan dua kaedah untuk memenuhi kontrak kerajaan iaitu membeli terus baja-baja padi daripada lima syarikat pengeluar dan membeli bahan-bahan mentah bagi memproses baja daripada empat syarikat,’’ katanya.

Siasatan dijalankan susulan beberapa pembongkaran yang dibuat oleh SPRM dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan berkenaan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

SPRM turut merampas dokumen-dokumen berkaitan projek berkenaan di peringkat kementerian, pertubuhan dan syarikat berkaitan dan dalam peringkat kajian mendalam.

Sumber berkata, enam pegawai kementerian dan pertubuhan terbabit telah dipanggil untuk ditemubual.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dan tidak menolak akan menahan beberapa orang yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18 dan seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – 29 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related