Hilman, Ketua Armada Bersatu baharu ganti Wan Fayhsal

Hilman memperoleh 1,888 undi, sekali gus mengetepikan saingannya Akmal Zahin Zainal Zahir dari Seputeh yang mendapat 1,718 undi

6:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dipilih sebagai Ketua Armada Bersatu baharu bagi tempoh 2024-2027, menggantikan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang melebihi had usia.

Hilman mengetepikan saingannya Akmal Zahin Zainal Zahir dari Seputeh dengan perbezaan 170 undi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, Hilman memperoleh 1,888 undi, sekali gus mengetepikan saingannya Akmal Zahin Zainal Zahir dari Seputeh yang mendapat 1,718 undi.

“Naib Ketua Armada pula dimenangi Muhammad Faiz Rahmad yang memperoleh 1,790 undi, diikuti Izhar Shah Arif Shah (1,287) dan Ad Adib Shaharuddin (490).

“Bagi Pengerusi Tetap Armada Muhamad Amerul Muhamad memperoleh 1,799 undi manakala Muhammad Aiman Afiq Abdul Majid (1,789). Naib Pengerusi Tetap Armada, Mohd Firdaus Mohd Zaini (1,867),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Abdul Azim berkata, sejumlah 111 Armada Bahagian bersidang dan berdasarkan jumlah kertas undi yang diterima pada pemilihan Armada pusat jumlah kehadiran adalah 42% daripada jumlah perwakilan yang layak hadir iaitu, 9,076 orang.

“JPP turut menerima sejumlah 27 aduan dan bantahan antaranya berkaitan peraturan persidangan, tatacara pemilihan, prosedur pengeluaran kertas undi, keabsahan perwakilan dan prosedur pengiraan undi,” katanya.

Sementara itu, Hilman ketika mengulas kemenangannya, berkata misinya kini adalah untuk memperkukuhkan Armada dan berusaha memenangkan Bersatu pada pilihan raya yang akan datang.

“Saya dan pucuk pimpinan baharu akan berjuang bersama-sama sebagai satu keluarga yang besar.

“Peranan kami masing-masing adalah untuk memastikan kemenangan parti dan gabungan dalam pilihan raya dan setiap ahli dalam Bersatu adalah aset untuk membawa kekuatan untuk kita menang,” katanya. – 29 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related