RUU berkaitan pekerja gig: 4 perkara asas jadi fokus bagi lindungi pekerja

RUU yang bakal dibentangkan turut menggariskan bentuk perlindungan dan pampasan bagi melindungi kumpulan yang menyumbang 3% daripada KDNK negara

1:28 PM MYT

 

Scoop-stamp-1

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) yang memberikan perlindungan kepada pekerja gig sama ada sepenuh atau separa masa, dijangka dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama pada 10 Disember ini.

Sumber memberitahu Scoop, RUU itu akan mengambil kira aspek perlindungan, malah pekerja separa masa akan turut menikmati perlindungan kewangan serta fidusiari, seperti yang termaktub dalam Akta Pekerja.

RUU Pekerja Gig 2024 itu akan dibentang oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan dijangka diwartakan menjadi undang-undang pada pertengahan tahun hadapan.

“Empat perkara asas diberikan perhatian dalam RUU ini iaitu definisi pekerja gig, pampasan asas, perlindungan keselamatan sosial dan penyelesaian pertikaian menerusi Tribunal Pekerja Gig.

“Memandangkan industri ini menjadi tulang belakang kepada negara dengan menyumbangkan 3% daripada KDNK negara, maka perlunya satu undang-undang bagi melindungi pekerja gig ekonomi.

“Akhirnya Akta Pekerja Gig akan merangkumi hak pekerja gig dari segi upah dan membolehkan mereka membuat aduan serta penyelesaian pertikaian,’’ katanya kepada Scoop.

Sumber berkata, pada masa ini, pekerja gig tidak boleh membuat aduan kepada tribunal industri namun dengan adanya Tribunal Pekerja Gig, ia akan membuka jalan kepada mereka untuk mendapatkan bantuan.

“Kita mesti faham bahawa pekerja ini tidak mempunyai kedudukan yang kuat untuk berunding dengan syarikat besar jadi akta ini akan memberikan mereka perlindungan serta jalan keluar untuk mencegah eksploitasi.

“Selain kaedah upah dan kadar yang dipersetujui, RUU ini juga menyatakan semua kadar dan faedah pembayaran adalah milik pekerja,’’ katanya.

Jelas sumber, ia juga membolehkan pekerja gig menandatangani kontrak dengan pihak lain kerana syarikat masing-masing dilarang mengenakan sekatan atau penalti ke atas pekerja yang mempunyai kontrak dengan pihak lain.

RUU ini, tambahnya, akan turut menggariskan tanggungjawab entiti kontrak oleh syarikat dari aspek kesihatan dan keselamatan pekerja.

“Ini bermakna semakan semula penalti yang dikenakan ke atas pekerja gig kerana penghantaran yang lambat bagi mengelakkan mereka memandu dengan melulu, boleh dilakukan,’’ katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan ketika syarikat e-hailing dan p-hailing mengalu-alukan sistem yang lebih tersusun kepada 500,000 pekerja, namun sesetengah peruntukan mungkin akan menimbulkan kebimbangan terutama dalam aspek caruman minimum untuk perlindungan keselamatan sosial.

Perkara itu juga turut dipertimbangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam usahanya menubuhkan Suruhanjaya Pekerja Ekonomi Gig (Segim), meskipun ada pihak melihat suruhanjaya itu sebagai platform politik untuk Umno, memandangkan 85% pekerja gig adalah golongan muda Melayu yang berada dalam kategori B40.

“Satu lagi pertikaian adalah penubuhan Tribunal dan kuasa tambahan yang diberikan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk mengawasi kebajikan pekerja gig.

“RUU ini menyediakan penubuhan persatuan yang serupa dengan kesatuan pekerja gig,’’ katanya.

Sementara itu, akta ini menyukarkan pembatalan kontrak secara arbitrari dan penonaktifan perkhidmatan kerana pihak yang terlibat perlu memberikan alasan yang sah dan notis yang munasabah.

“Malah, kontrak mandatori yang dikenali sebagai perjanjian perkhidmatan kolektif akan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh setiap pihak, walaupun ia lebih memihak kepada pekerja.

“Rang Undang-Undang ini juga menggariskan penubuhan Majlis Perundingan yang akan menasihati kerajaan dan industri berkaitan mengenai apa yang sesuai dan boleh diterima,’’ katanya. – 28 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Gopeng says goodbye to beloved 111-year-old soy sauce factory Hup Teck

For over a century, Uncle Tong’s family kept culinary heritage alive with all-natural, sun-fermented soy sauce crafted in age-old earthen pots, a tradition which started in 1914

Related