Anwar tegur Ahli Parlimen nak jadi jaguh pertahankan golongan kaya T15 ‘ini politik apa’?

‘Inilah negara di mana orang politik riuh rendah nak pertahankan orang kaya T15. Orang kampung (mereka) tanya tak’ soal Anwar

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap Ahli Parlimen yang ingin menjadi jaguh dengan mempertahankan golongan kaya T15 dalam isu penyasaran subsidi petrol RON95 dalam perbahasan di Parlimen.

Sedangkan Perdana Menteri berkata, terdapat 85% yang tidak akan terlibat dalam penyasaran subsidi itu dan mempunyai pendapatan yang rendah.

Anwar berkata, beliau boleh menerima teguran sekiranya mereka mencadangkan supaya pengkelasan T15 itu dikaji tapi kenapa sampai ingin menjadi jaguh hinggakan ‘riuh-rendah’ di Parlimen.

“Dalam pembahasan di Parlimen semua nak jadi jaguh pertahankan T15 ini.

“Kalau dia cadangkan kata kena kaji, mungkin orang tu tak kaya betul, saya boleh terima teguran tapi tak kan nak jadi jaguh.

“Ini politik apa, inilah negara di mana orang politik riuh rendah nak pertahankan orang kaya T15. Orang kampung (mereka) tanya tak?,’’ katanya ketika berucap dalam lawatan kerja dan Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Padang Rengas, di Perak, hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2025 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun depan.

Katanya, 85% rakyat bagaimanapun tidak akan terkesan dengan langkah itu, yang membawa penjimatan dana kerajaan sebanyak RM8 bilion.

Kategori isi rumah T15 merujuk kepada istilah yang digunakan untuk menggambarkan 15% isi rumah teratas dari segi pendapatan dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Anwar meminta orang ramai supaya memahami mengenai penyasaran subsidi RON95 dengan mendengar dan menilai sendiri apa yang diperkatakan oleh ahli politik terbabit.

“Orang tu mungkin ada janggut, pakai kopiah atau pakai kot, cuma nilai yang betul. Nilai dan bincang sama ada dia faham ke ekonomi.

“Sama ada niat ikhlas untuk bangunkan negara atau kerana dengki,’’ katanya.

Anwar turut menyentuh mengenai pihak tertentu yang mengkritik pendiriannya yang tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan menjadikan ia sebagai satu isu.

Jelas Anwar, beliau tidak memahami apa masalah pihak terbabit dan jika beliau memutuskan untuk mengambil gaji bagi jawatan tersebut pada tahun hadapan, sudah pasti ia juga akan dijadikan sebagai satu isu.

“Jadi PM tak ambik gaji, marah, dengki ke, apa masalah dia.

“Kalau ambik gaji, setahun berapa ratus ribu dapat. Dah dua tahun, sejuta…tak pa, saya tak miskin. Saya ada elaun sebagai Ahli Parlimen, dapat kereta kerajaan,’’ katanya.

Baru-baru ini, ketika perbahasan Bajet 2025 di Dewan Rakyat, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan persoalan bagaimana Anwar memperoleh pendapatan jika beliau tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandangnya.

Dalam nada berseloroh, Tuan Ibrahim berkata, seorang Rasul pun diberikan “peruntukan” oleh Allah SWT untuk rezekinya. – 27 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related