Sistem apa nak guna untuk pengagihan subsidi RON95? Mykad atau sistem khas, soal Ka Siong

Isu penentuan kaedah bagi mengenalpasti mereka yang layak menerima subsidi RON95 itu turut dibangkitkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mekanisme pengagihan subsidi petrol RON95 yang masih belum diumumkan oleh kerajaan telah mengundang banyak persoalan daripada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menerusi perkongsian video di TikTok membangkitkan persoalan bagaimana stesen minyak akan mengenal pasti individu yang layak menerima subsidi berkenaan dan membezakan golongan diklasifikasikan sebagai golongan mahakaya T15.

Jelasnya, adakah kerajaan akan mengunakan Mykad atau sistem khas lain.

“Sebelum ini saya cadangkan subsidi petrol ditentukan berdasarkan jenis dan nilai kenderaan, bukan berdasarkan kepada pendapatan individu semata-mata.

“Pengguna Perodua Myvi, Ativa atau Alza sepatutnya diberi subsidi penuh tapi kalau Mercedes, BMW, Ferrari ataupun Lamborghini tidak perlu subsidi langsung,” katanya.

Isu penentuan kaedah bagi mengenalpasti mereka yang layak menerima subsidi RON95 itu turut dibangkitkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) ini kepada Scoop.

Menurut Setiausaha PDAM, Bashir Ab Raza, Kementerian Ekonomi tidak pernah melibatkan persatuan berkenaan untuk membincangkan mekanisme penyasaran subsidi RON95 biarpun persatuan itu telah menghantar surat bagi membolehkan mereka turut serta dalam perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Ka Siong menegaskan beliau tidak bersetuju dengan pengelasan T15 seperti yang ditakrifkan kerajaan sebagai golongan mahakaya.

Menurutnya, pengelasan itu adalah sesuatu yang tidak adil dan tidak wajar kerana ia hanya dinilai berdasarkan pendapatan semata-mata.

“Pada hemat saya, Belanjawan 2025 (kelaskan) golongan T15 sebagai maha kaya adalah sangat tidak adil.

“Kalau (anda) masih ingat lagi, kerajaan melalui Menteri Ekonomi telah mengumumkan tidak akan menggunakan pendapatan sebagai penanda nilai ambang untuk implementasi subsidi bersasar.

“(Sebab) T15 ini juga merangkumi golongan bukan jutawan. Nak kata golongan berada pun tak berapa berada. Saya bagi contoh pasangan suami isteri yang kedua-duanya pada pangkat DG48 yang telah mengajar 15 tahun dengan pendapatan gabungan lebih kurang RM14,000 sebulan.

“Begitu juga pasangan suami isteri yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan atau PTD, mereka juga dikira sebagai golongan T15 mahakaya, logik ke?” soalnya.

Ka Siong juga berpendirian adalah tidak adil untuk menghukum T15 yang tidak boros berbelanja dengan penarikan subsidi petrol berkenaan.

“Mereka yang mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan dan tidak boros jangan kita nak hukum dan samakan mereka dengan yang boros dan betul-betul mahakaya,” katanya.

Pada pembentangan Bajet 2025 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun depan.

Katanya, 85% rakyat bagaimanapun tidak akan terkesan dengan langkah itu, yang membawa penjimatan dana kerajaan sebanyak RM8 bilion. – 26 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related