RUU tahanan di rumah dibentangkan tahun hadapan

'Selepas RUU itu digubal kita akan membentangkan kepada Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen dan jangkaannya pada tahun depan,' : Saifuddin

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) baharu tahanan di rumah bakal dibentang di Parlimen pada tahun hadapan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Kabinet, katanya telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU terbabit.

Menurutnya, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Penjara kini dalam proses untuk menggubalnya.

“Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Datuk Seri Nordin Muhamad) sebagai pemegang taruh.

“Selepas RUU itu digubal kita akan membentangkan kepada Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen dan jangkaannya pada tahun depan,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian pada hadir Program Satu Pemimpin Satu Kampung Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), di Kampung Bukit Tiu, Kelantan, hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2025 semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

“Pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat-syarat ditetapkan dan dipantau oleh Pegawai Penjara,’’ katanya. – 19 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related