GISB: Polis siasat dakwaan elemen jihad militan diterapkan pada kanak-kanak yang diselamatkan

Bagaimanapun, kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang berada di rumah amal terbabit

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kemungkinan fahaman jihad militan cuba diserapkan kepada kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal Global Ikhwan Services & Holding (GISB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan tersebut menjurus kepada perkara berkenaan selepas adanya dakwaan kanak-kanak terbabit dipertontonkan dengan tayangan video berunsur militan.

“Walaupun sepanjang siasatan kes ini, saya tidak pernah menyentuh mengenai tayangan video militan kepada kanak-kanak itu, namun (siasatan) kita menjurus ke arah itu.

“Cumanya kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang berada di rumah amal terbabit,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Mohammad Fahmi Ngah dilaporkan berkata, fahaman jihad militan didedahkan dengan menonton video militan pada waktu lapang kanak-kanak berkenaan.

Katanya, fahaman itu didedahkan dengan menonton video militan pada waktu lapang kanak-kanak berkenaan.

Fahmi berkata, maklumat itu merupakan antara sumber yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). – 13 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related