Budak perempuan hilang 4 hari di Klang ditemui selamat, dipercayai diculik: Polis

Hasil maklumat membawa kepada serbuan dan tangkapan di beberapa lokasi antaranya Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran dalam operasi bermula jam 5 petang semalam

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang pada Selasa lalu ditemui semula petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Cha Hoong Fong berkata, mangsa ditemui kira-kira jam 2.30 petang semalam selepas dipercayai diculik sekumpulan individu.

Beliau berkata, susulan itu, enam individu termasuk dua wanita kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa berjalan seorang diri sebelum dilihat menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam.

“Hasil maklumat kemudiannya membawa kepada serbuan dan tangkapan di beberapa lokasi antaranya Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran dalam operasi bermula jam 5 petang semalam.

“Enam suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita tempatan berumur lingkungan 13 hingga 23 tahun berjaya diberkas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata, serbuan sama turut merampas kenderaan jenis Perodua Myvi dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Semakan mendapati salah seorang suspek didapati memiliki satu rekod jenayah lampau. Kesemua suspek kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu dilaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya pada Selasa lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang, ibu mangsa menyuruh anaknya itu untuk mengambil makanan di dalam kereta yang diparkir di bawah rumah flat mereka di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi 1 di Klang.

Kanak-kanak itu turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah, sebelum sekitar jam 3 petang ibu mangsa bertindak mencari namun tidak menemuinya sebelum membuat laporan polis – 13 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related