Baru berusia 19 bulan, namun Daneen Auni Riksi menderita kanser ovari

Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, anaknya telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di hospital berkenaan pada 2 Oktober lalu dan ia berjalan dengan lancar

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun baru berusia 19 bulan, namun seorang kanak-kanak perempuan, Daneen Auni Riksi sudah disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga.

Daneen, yang berasal dari Kota Marudu, menjalani sesi kemoterapi kali pertama di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas.

Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, anaknya itu telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di hospital berkenaan pada 2 Oktober lalu dan ia berjalan dengan lancar.

“Pembedahan memasang chemopod (digunakan untuk prosedur kimoterapi) dijalankan pada 9 Oktober dan pada Khamis lalu, kimoterapi pertama Auni (Daneen) dijalankan.

“Auni kemungkinan akan dibenarkan untuk pulang hari ini ataupun hujung minggu ini, namun semua masih bergantung dengan keadaan Auni, mohon doanya agar segala urusan terus berjalan lancar,’’ demikian tulis Fallarystia menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Suaminya, Riksi Tahir, 25, merupakan seorang anggota Bomba yang bertugas di Balai Bomba Kudat dan bekas atlet olahraga Sukan Malaysia (Sukma) Sabah.

Fallarystia berkata, sejak penyakit anaknya dimuat naik di media sosial, dia menerima sokongan dan sumbangan daripada orang ramai yang terkesan melihat penderitaan kanak-kanak kecil itu melawan kanser.

Dia turut memuatnaik hasil sumbangan orang ramai dan setakat semalam, jumlah terkumpul adalah sebanyak RM100,000.

“Saya akan sentiasa mengemaskini jika ada sumbangan bertambah. Pihak kami tidak menolak sebarang sumbangan namun buat masa ini, sumbangan yang diperolehi ini bagi kami sudah cukup untuk keperluan Auni pada ketika ini,’’ katanya.

Fokus pasangan suami isteri itu adalah proses penyembuhan anak mereka.

Menerusi laporan media sebelum ini, Daneen disahkan menghidap kanser ovari selepas mengalami kesukaran membuang air besar. Daneen juga mengalami kembung perut serta sembelit sejak bulan Ogos lalu. – 12 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related