Bajet 2025: Kejadian tanah mendap ‘buka mata’ keperluan untuk tambah baik aspek infrastruktur

Kejadian tersebut kini menjadi keperluan baru kepada pemaju untuk menyediakan tinjauan geoteknikal yang komprehensif meliputi keseluruhan kawasan pembangunan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah jerlus di ibu kota baru-baru ini menunjukkan sistem infrastruktur perlu ditambahbaik dan menjadi keperluan yang perlu diberikan perhatian pada pembentangan bajet 2025.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA+SD), Tan Booi Charn berkata, dalam situasi di mana Kuala Lumpur mengalami pembangunan amat pesat dengan kepadatan penduduk yang bertambah, aspek infrastruktur perlu diberikan fokus.

“Pembangunan pesat di Kuala Lumpur sudah terlalu pesat, sehingga menyebabkan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku seperti tanah runtuh, lubang benam dan risiko banjir kilat.

“Kejadian tersebut kini menjadi keperluan baru kepada pemaju untuk menyediakan tinjauan geoteknikal yang komprehensif meliputi keseluruhan kawasan pembangunan.

“Tindakan segera penyediaan pemetaan utiliti bawah tanah dan laporan audit ke atas utiliti sedia ada di Kuala Lumpur juga perlu dilaksanakan melibatkan jabatan berkaitan seperti Air Selangor (Syabas), Indah Water Konsortium (IWK) dan TNB,” katanya ketika dihubungi Scoop.

KLRA+SD mewakili 74 persatuan penduduk di ibu negara. Bajet 2025 bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA+SD), Tan Booi Charn berkata, aspek kelestarian hijau juga menjadi antara fokus KLRA+SD agar penduduk di ibu kota dapat menikmati kehidupan sihat dan bertenaga. – Gambar fail Scoop, 13 Oktober, 2024

Pada Ogos lalu, Jalan Masjid India terpaksa ditutup susulan kejadian seorang pelancong warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagaimanapun dihentikan tanpa penemuan mayat mangsa, atas faktor keselamatan.

Booi Charn turut mengulangi gesaan supaya projek pembangunan di ibu kota ditangguhkan selama dua tahun termasuk projek yang telah menerima perintah pembangunan (DO).

“Dalam tempoh dua tahun itu, pihak berkuasa boleh mengkaji semula kesesuaian projek berlandaskan ciri-ciri pembangunan mampan, terutama projek besar yang berkepadatan tinggi dan projek yang melibatkan pemusnahan kawasan hijau yang luas serta projek yang diadakan di tanah tinggi dan cerun curam,’’ katanya.

Selain itu, katanya aspek kelestarian hijau juga menjadi antara fokus KLRA+SD agar penduduk di ibu kota dapat menikmati kehidupan sihat dan bertenaga.

“Daripada bina banyak lebuh raya, lebih baik diberi penekanan dengan memperbanyakkan taman awam supaya kestabilan pembangunan dan kelestarian itu dapat berjalan seiring.

“Infrastruktur laluan pejalan kaki serta pelbagai kemudahan lain seperti hentian bas juga perlu diperbanyakkan untuk kegunaan penduduk,” katanya. – 13 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related