Wakil Bloomberg dipanggil dalam masa terdekat bantu siasatan dakwaan campur tangan PM: Polis KL

Setakat ini polis sudah mengambil keterangan dua orang iaitu pihak pengadu (SPRM) dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Media antarabangsa, Bloomberg akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung laporan dakwaan campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan kes itu yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kenyataan dikeluarkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil di media sosial baru-baru ini.

“Setakat ini polis sudah mengambil keterangan dua orang iaitu pihak pengadu (SPRM) dan Isham.

“Beberapa lagi individu akan dipanggil khususnya daripada pihak Bloomberg dalam masa terdekat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hari ini.

Terdahulu, polis mengambil keterangan Isham semalam susulan kenyataannya yang menggesa supaya Anwar menyaman Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan dalam siasatan SPRM.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, Isham hadir pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Isham dalam kenyataaannya sebelum ini mencadangkan tindakan saman terhadap Bloomberg kerana menyiarkan laporan yang mendakwa Anwar meminta SPRM untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes beli saham bernilai jutaan ringgit. – 9 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related