Kenyataan melulu Pemuda Umno Johor buat pengundi Cina kecewa: King Sing

'Beliau seolah-olah tidak menghargai sumbangan pengundi Cina dalam PRK tersebut, tiada ucapan penghargaan diberikan sebaliknya masyarakat Cina pula dipersalahkan,' kata Tiong King Sing

8:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Demokratik Progresif (PDP) menyifatkan Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros tidak tahu bersyukur apabila memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota baru-baru ini.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kaum Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kecewa apabila dipersalahkan Noor Azleen atas peratusan keluar yang rendah.

“Beliau seolah-olah tidak menghargai sumbangan pengundi Cina dalam PRK tersebut. Tiada ucapan penghargaan diberikan, sebaliknya masyarakat pula dipersalahkan dan ini membuatkan kaum Cina berasa amat kecewa.

“Kerajaan Perpaduan meletakkan harapan dan perhatian yang besar kepada PRK ini.
Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang politik, namun matlamat kita adalah sama iaitu untuk mengekalkan kerusi milik kerajaan, dan itulah yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Noor Azleen Ambros mempersoalkan sumbangan DAP dengan berkata hanya 34 hingga 36% sahaja pengundi Cina di DUN itu membuang undi di PRK Mahkota. – Gambar dari Facebook, 2 Oktober, 2024

Terdahulu, selepas berakhirnya PRK Mahkota, beberapa pemimpin Umno termasuk Noor Azleen dilaporkan mempersoalkan sumbangan DAP dengan berkata hanya 34 hingga 36% sahaja pengundi Cina di DUN itu membuang undi.

Mengulas lanjut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata, kenyataan Ketua Pemuda Umno Johor itu bercanggah dengan prinsip Kerajaan Perpaduan dan seperti ingin menuding jari kepada masyarakat Cina.

“Saya juga hairan dari mana dia mendapat dakwaan bahawa peratusan keluar mengundi Cina hanya 34 hingga 36 peratus?

“Adakah beliau tidak dapat berfikir dengan waras, jika peratusan keluar mengundi kaum Cina begitu rendah, bagaimana Syed Hussien Syed Abdullah (calon BN) boleh memperolehi majoriti yang besar?,” soalnya.

King Sing mendakwa, realitinya peratusan keluar mengundi pengundi Cina pada PRK Mahkota ialah 53.6%, manakala peratusan keluar mengundi Melayu ialah 56.6%.

“Ini jauh daripada 36% seperti yang didakwa. Kenyataan melulu yang dibuat oleh Noor Azleen bukan sahaja menjadikan kaum Cina semakin dingin, malah secara tidak langsung menampakkan imejnya yang tidak profesional dan tidak matang.

“Sebagai Ketua Pemuda, kegagalan Noor Azleen untuk melakukan semakan fakta amat mengecewakan dan dikesali. Tindakan ini bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya sendiri, malah partinya juga akan turut terpalit.

“Jika Noor Azleen benar-benar bertanggungjawab atas segala tindakan yang dibuat, beliau harus memohon maaf kepada masyarakat Cina atas kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya. – 2 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related