Maszlee serah beberapa dokumen bantu siasatan 1BestariNet: Azam Baki

Azam berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan SPRM perlu menyiasat lebih lanjut

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mempunyai maklumat bagi membantu siasatan berkaitan projek 1BestariNet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan terdapat beberapa dokumen diserahkan Maszlee, namun beliau tidak mengulas lanjut perincian butirannya.

“Saya sendiri mengarahkan pegawai penyiasat berjumpa beliau kerana percaya bekas menteri itu mempunyai maklumat yang boleh bantu siasatan SPRM.

“Antara perkara yang ingin dilihat adalah berkaitan servis data, perolehan dan sebagainya.

“Kita juga bertanya kepada beliau (Maszlee) kenapa mempunyai satu pandangan menentang supaya kontrak ini disambung dan sebagainya.

“Jadi ada perkara lain yang saya tak boleh dedahkan, tetapi lebih kurang itu antara skop yang kita tanyakan beliau dan ada beberapa maklumat lagi yang saya tak boleh kongsi di sini yang kita peroleh daripada beliau,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini (MHI) di Bandar Utama hari ini.

Semalam, Azam mengesahkan pegawai penyiasat SPRM berjumpa dengan Maszlee bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan projek itu, minggu lalu.

Pada 6 September lalu, Maszlee dilaporkan mendedahkan isu 1BestariNet menjadi antara faktor yang membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.

Maszlee mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya berbuat demikian atas permintaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu Azam berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan SPRM perlu menyiasat lebih lanjut.

“Kes ini seperti saya pernah sebut di mana antara area (kawasan) ataupun sektor yang kita kenal pasti adalah mengenai servis data yang diberikan kepada 8,000 sekolah.

“Kita sudah pun mengenal pasti sekolah dan area tertentu yang mana kita jangka berkemungkinan tidak dibekalkan data tetapi dibuat tuntutan (bayaran).

“Kita akan mulakan tidak lama lagi di mana sekolah berkenaan akan dilawati oleh pegawai penyiasat dengan berbekalkan dokumen tuntutan yang tertentu.

“Kita tidak akan pergi ke sekolah sampai 8,000 tapi kita akan ambil sampel dan wilayah yang tertentu untuk kita siasat dan kenal pasti apa masalahnya.

“Jika benar berlaku tuntutan palsu, ia menjadi satu kesalahan mengikut akta kita (Akta SPRM) sehingga bayaran dibuat,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu akan menjadi fokus siasatan pihak SPRM ketika ini untuk memastikan sama ada benar berlaku tuntutan bayaran palsu atau sebaliknya.

Pada 4 September lalu, SPRM telah memulakan siasatan kes tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications pada 2011.

Menurut sumber, SPRM telah menggeledah pejabat kerajaan dan YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Communications) yang terletak di Kuala Lumpur.

Hasil penggeledahan tersebut, sejumlah dokumen telah disita dan SPRM sedang mengkaji bagi mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan. – 30 September, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related