GISB: Kerajaan pastikan siasatan PDRM dikendalikan dengan telus, kata PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk memastikan 542 orang kanak-kanak bawah 18 tahun ditempatkan di penempatan perlindungan sementara diberikan akses kebajikan, kaunseling, kerohanian dan pendidikan

7:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengendalikan siasatan terkait kegiatan Global Ikhwan Service & Business Holding (GISB) dengan telus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk memastikan 542 orang kanak-kanak bawah 18 tahun ditempatkan di penempatan perlindungan sementara diberikan akses kebajikan, kaunseling, kerohanian dan pendidikan.

“Ia (penempatan) bagi suatu tempoh sehingga selesai siasatan oleh pihak PDRM, Jabatan Agama Islam serta Majlis Agama Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut menyeru ahli dan para pendukung GISB di dalam dan luar negara yang bukan di bawah siasatan untuk menghubungi pihak berkuasa.

“Ia bagi meluruskan segala permasalahan yang dihadapi,” katanya.

Pada 23 September lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, sebanyak 138 akaun berkaitan GISB dibekukan membabitkan wang berjumlah RM882,795.94.

Menurutnya, 15 lagi akaun ditutup manakala 22 kereta pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1,872,085 serta 14 lot hartanah yang nilainya masih dalam siasatan, turut dibekukan.

Dalam perkembangan lain, Razarudin mengesahkan individu penting yang dipercayai berperanan menguruskan aliran wang GISBH ditahan dalam Op Global Fasa 4 di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lepas.

“Siasatan susulan masih dijalankan terhadap individu itu bersama beberapa pemimpin lain termasuk meneliti segala akaun berkaitan dengannya dan kita akan jejak segala bentuk transaksi yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan GISBH,” katanya. – 27 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Related