Lewat bertindak dalam isu GISB, Jakim wajib dirombak: Ahli akademik

Jika Jakim benar-benar serius melawan ajaran sesat, mengapa isu GISB yang telah bertahun-tahun dijalankan kajian dan telah dimaklumkan, tetapi lambat diambil tindakan

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rombakan perlu dilakukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan kelemahan dan kelewatan dalam tindakan berkait Global Ikhwan Service & Business Holding (GISB).

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, jika Jakim benar-benar serius melawan ajaran sesat, mengapa isu GISB yang telah bertahun-tahun dijalankan kajian dan telah dimaklumkan, tetapi lambat diambil tindakan.

“Jakim berhak mempertahankan kelemahan dan kegagalan untuk bertindak cepat dalam isu GISB walau telah sampai kepada mereka cukup lama.

“Polis yang bertindak di peringkat awal, tidak langsung melibatkan Jakim. Hanya selepas beberapa siri pendedahan dan sidang media Ketua Polis Negara, barulah wakil Jakim dilibatkan.

“Nasihat saya, Jakim patut menerima kelemahan dan menerima hakikat reformasi institusi kepada Jakim wajib dijalankan.

“Saya menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mempercepatkan reformasi dan pembubaran semangat Madani dalam Jakim,” katanya dalam kenyataan.

Ahli akademik itu berkata, sikap sindrom penafian (denial syndrome) hanya membuka pekung kelemahan yang boleh dibaiki berbanding dipertahankan.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Kemajuan Islam Jakim, Datuk Mohd Zaidi Ramli menerusi satu program di RTM yang mendakwa Jakim berjaya menyatukan peranan dan kuasa semua agensi termasuk pihak berkuasa keselamatan dan penguat kuasa untuk bertindak dan berjaya membanteras GISBH.

Mohd Zaidi menjawab persepsi masyarakat bahawa Jakim hanya banyak bermesyuarat, menjalankan bengkel dan libat urus tanpa tindakan tuntas.

Abu Hafiz berkata, tiada siapa yang menyuruh Jakim melangkaui bidang tugas agensi keselamatan sebaliknya perlu bertindak dalam bidang kuasa yang ada.

“Ketika Pasukan Kajian yang melibatkan GISB bersungguh bentang dan mengharapkan tindakan, pihak Jakim bagi alasan yang berbagai.

“Itu dah bertahun lamanya! Kenapa bertahun lama bukti sudah ada dan diberikan, tiada pula penyelarasan seperti yang didakwa peranan anda?,” soalnya.

Tambah beliau, kerana tiada ketegasan dalam keputusan itu, buktinya, pada 20 September lalu, Mufti Terenganu menyatakan bahawa ketetapan fatwa yang akan dibuat adalah mengikut prosedur berdasarkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Bermakna, sekiranya ada ketetapan MKI lebih awal atau bertahun awal, maka negeri ini akan punyai fatwa mereka lebih awal.

“Jakim adalah sekretariat MKI. Itu yang perlu diketahui.

“Maka, ini mengesahkan, apabila kelewatan, tiada ketegasan Jakim, ia menyebabkan negeri-negeri yang sangat bergantung pada ketetapan MKI yang diuruskan melalui peranan sekretariat oleh Jakim, maka mereka semua akan turut sama terlewat,” katanya.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata keputusan berkaitan doktrin fahaman GISB bakal diketahui selepas mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja (MRR) yang dijadual bersidang bulan depan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sebelum ini memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, ajaran yang dibawa juga adalah kesinambungan ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat. – 27 September, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related