‘Kalau tak buat salah, buat apa takut isytihar harta’ soal PM

Ia susulan persoalan yang dibangkitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pengisytihar harta dalam draf MoU yang turut mengandungi sokongan terhadap kerajaan dan isu 3R

6:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.

Menurut Perdana Menteri, jika tidak melakukan kesalahan, kenapa takut untuk mengisytiharkan harta.

“Saya, kalau ada (pihak) minta esok (isytihar) harta, esok juga saya buat, koreklah banyak mana pun… baru boleh jadi pemimpin, jadi contoh. Jika tidak, apa yang kita nak ajar kepada rakyat kerana antara cara untuk angkat darjat Islam itu ialah dengan tatakelola yang baik.

“Ini (ada pihak) apabila suruh isytihar harta marah, (cakap kerana) dendam, apa dendam? Kalau kamu tak salah, buat apa takut isytihar harta?” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz di Taman Alam Sutera di sini hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan mengenai draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Apa yang kita tak faham ialah mengapa mereka mahu Ahli Parlimen yang bukan sebahagian daripada pentadbiran mengiystiharkan harta,’’ katanya.

Selain pengisytihar harta, draf MoU itu turut mengandungi sokongan terhadap kerajaan dan isu 3R (kaum, agama dan raja).

Dalam ucapannya itu juga, Anwar berkata, kerajaan pimpinannya sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.

“Ada pihak bicara soal Melayu, agama dan Islam tapi sebenarnya rompak hasil dan kekayaan negara. Saya tidak mahu hal ini berlaku, saya tidak maksud dah berlaku di sini.

“Dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak, ada sahaja bocornya, ada sahaja hilang dananya. Negara mana mampu maju kalau tiap kali ada tiris dan ia bukan sedikit, ratusan juta dan bilion,” katanya. – 26 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related