1BestariNet: Siasatan ambil masa, banyak kawasan perlu dilawati SPRM: Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia melibatkan 8,000 sekolah dengan siasatan antara lain tertumpu kepada mutu perkhidmatan yang diberikan serta aspek pembekalan data

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan ke atas projek 1BestariNet dijangka mengambil masa yang panjang kerana banyak kawasan yang perlu dilawati oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia melibatkan 8,000 sekolah dengan siasatan antara lain tertumpu kepada mutu perkhidmatan yang diberikan serta aspek pembekalan data.

Siasatan, katanya perlu melihat sama ada ia dibekalkan mengikut spesifikasi kontrak yang ditetapkan atau sebaliknya.

“(1BestariNet) dalam siasatan. Banyak perkara kena siasat antaranya mutu perkhidmatan yang diberi kepada sekolah-sekolah dan kedua, jika ada pembekalan data kepada sekolah (tetapi) sebenarnya tidak dibekalkan.

“Perlu lihat perkara ini kerana di bawah undang-undang rasuah, jika dituntut tapi tak bekal (ia) merupakan kesalahan,’’ katanya kepada wartawan selepas Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Pada 4 September lalu, SPRM telah memulakan siasatan kes tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications pada 2011.

Menurut sumber, SPRM telah menggeledah pejabat kerajaan dan YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Communications) yang terletak di Kuala Lumpur.

Hasil penggeledahan tersebut, sejumlah dokumen telah disita dan SPRM sedang mengkaji bagi mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Azam berkata, SPRM sedang menyiasat sebuah syarikat milik seorang lelaki warga Bangladesh yang menjalankan urusan membawa masuk pekerja asing dari negara itu ke Malaysia.

SPRM, katanya sedang mengumpul maklumat daripada dokumen yang dirampas daripada syarikat berkenaan sama ada terdapat pembayaran wang suapan kepada mana-mana pihak agensi penguatkuasaan.

Azam berkata siasatan mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai apa-apa sistem untuk merekod kemasukan pekerja asing yang dibawa masuk sedangkan peraturan menetapkan mana-mana syarikat yang menjadi orang tengah dalam membawa masuk pekerja asing perlu mempunyai sistam bagi merekodkan dan mengesan keberadaan pekerja asing. – 26 September, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related