Penamatan kontrak KP J-Kom: ‘Ia proses yang teratur’ kata Fahmi

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca penamatan perkhidmatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu yang juga Setiausaha PKR Selangor

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan kontrak perkhidmatan Dr Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) telah ditamatkan semalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca penamatan perkhidmatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu yang juga Setiausaha PKR Selangor.

“Saya sahkan beliau telah ditamatkan perkhidmatan semalam.

“Dalam isu jawatan kontrak mana-mana pelantikan dan penamatan, ada prosesnya, dan pelantikan serta penamatan adalah perkara biasa.

“Ia berdasarkan proses yang teratur,” katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, tugas ketua pengarah itu akan dipangku oleh individu lain.

Ditanya bila kekosongan jawatan tersebut akan diisi, beliau berkata, perkara berkenaan belum dapat dipastikan buat masa ini kerana terdapat proses yang perlu diikuti.

Terdahulu, Mohd Khairuddin dilapor berkata, beliau sudah menerima surat penamatan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-Kom semalam.

Khairuddin, dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mac lalu, bagi menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusof.

Jawatan Ketua Pengarah J-Kom sebelum ini kosong selepas Agus meletak jawatan pada November 2023.

Agus sebelum ini dihimpit dengan kontroversi melibatkan penularan video berdurasi tiga minit, yang memaparkan perbualan lucah antara lelaki didakwa mirip beliau dengan Penolong Pegawai di J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani. – 25 September, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related