Johor perlu pembangkang kuat, Syed Husin tidak akan ‘bersuara’, dia dari parti kerajaan: Afif

Dr Afif berkata sudah tiba masanya Johor mempunyai pembangkang yang kuat untuk menyuarakan isu setempat dan ini boleh dilakukan menerusi kemenangan PN di DUN Mahkota

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussein Syed Abdullah tidak akan ‘bersuara’ masalah penduduk sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota kerana beliau mewakili kerajaan negeri, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Afif Bahardin.

Sebaliknya, kata Dr Afif, berbanding dengan calon Perikatan Nasional (PN), jika Mohamad Haizan Jaafar tidak bersuara isu rakyat, PN akan pastikan beliau berbuat demikian.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya Johor mempunyai pembangkang yang kuat untuk menyuarakan isu setempat dan ini boleh dilakukan menerusi kemenangan PN di DUN Mahkota.

“Kerajaan BN rasa mereka kuat kerana tiada pembangkang yang kuat, jadi merasakan tiada suara yang kritik mereka, jadi mungkin ada baiknya DUN Mahkota hantar isyarat untuk PN baiki prestasi di DUN.

“MB (Menteri Besar) pun bantu calon BN menang, bermakna Syed Husin ‘budak’ Onn Hafiz (Datuk Onn Hafiz Ghazi). Bila dah menang, takkan nak bantai bos, mesti ikut bos.

“Kalau pilih calon BN, pastinya dia masuk DUN, dia tidak akan bercakap. Orang Mahkota ada peluang gunakan pilihan raya kecil.

“(Jadi) kena bagi pada Coach Haizan (Mohamad Haizan), dua tahun je (sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN),’’ katanya menerusi podcast Refleksi PRK DUN Mahkota, kenapa pilih PN?.

Panel jemputan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, Selangor dan Dr Afif yang juga Adun Taman Medan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK DUN Mahkota masing-masing pada 14 dan 24 September ini, manakala hari pengundian pula 28 September.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada PRN yang lepas, manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional (BN) menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 selepas memperoleh 16,611 undi.

Mengulas lanjut, Dr Afif berkata, sudah tiba masanya pengundi DUN Mahkota menghantar isyarat kepada kerajaan negeri dengan memilih PN untuk mewakili kerusi berkenaan.

“Banyak isu tidak selesai, banjir, peruntukan fasiliti sukan dan masalah perbandaran tidak selesai,’ katanya. – 23 September, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related