Alif Teega didakwa salah guna wang lebih RM60,000

Alif Teega mengaku tidak bersalah setelah kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani, yang lebih dikenali sebagai Alif Teega, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang berjumlah lebih RM60,000 yang diperoleh daripada kutipan dua program infaq pada April dan Jun lalu.

Mohd Hazalif, 30, mengaku tidak bersalah setelah kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan infaq iftar di Makkah, Syria dan Palestin, di sebuah bank di Jalan Kerinci, Gerbang Kerinci Lestari di sini pada 26 April lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan program Jom! Sertai Infaq Daging Qurban di bank yang sama, pada 15 Jun tahun ini. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh mencadangkan jaminan antara RM50,000 hingga RM100,000 dikenakan bagi kedua-dua pertuduhan, dengan syarat tambahan pasport perlu serah kepada mahkamah dan tertuduh diwajibkan melapor diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, setiap bulan.

Peguam Mohd Sharullah Khan yang mewakili tertuduh, memohon agar jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung keluarga dan semua harta milik tertuduh dibeku oleh pihak SPRM. 

Mahkamah membenarkan Mohd Hazalif diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan kes. – 20 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related