Aktivis tawar bantuan pada ahli keluar GISB, sediakan perlindungan daripada ancaman

Aktivis Mohd Noor Derus berkata, daripada pemerhatian, ramai ahli GISB yang mahu meninggalkan kumpulan terbabit tetapi takut kerana bimbang akan hala tuju dan masa depan mereka selain menerima ugutan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekumpulan aktivis mengambil inisiatif untuk menawarkan perlindungan kepada ahli-ahli Global Ikhwan Service & Business Holding (GISB) dalam usaha membantu mereka keluar daripada kumpulan tersebut, yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Bercakap kepada Scoop, salah seorang aktivis tersebut, Mohd Noor Derus, 39, berkata, daripada pemerhatian, ramai ahli GISB yang mahu meninggalkan kumpulan terbabit tetapi takut kerana bimbang akan hala tuju dan masa depan mereka selain menerima ugutan.

“Kami menawarkan bantuan dan sokongan kepada mana-mana ahli GISB yang ingin meninggalkan kumpulan itu. Kita turut sediakan khidmat guaman, nasihat psikologi, kewangan dan pemulihan asas keagamaan.

“Sebenarnya, ramai ahli-ahli GISB ini yang nak keluar tetapi mereka takut akan ketidakpastian masa depan sendiri kalau buat laporan tentang kumpulan tersebut,” katanya.

Mohd Noor berkata kumpulan aktivis itu yang turut disertai usahawan Mona Din dan peguam Mahmud Jumaat, telah bekerjasama dengan sebuah agensi agama yang kini menawarkan perkhidmatan rumah perlindungan bagi memastikan keselamatan ahli-ahli itu terjaga daripada sebarang ancaman.

“Setakat ini, ada seorang wanita dan dua anaknya mendapatkan perlindungan di situ dan harapan kami supaya lebih ramai lagi ahli-ahli GISB tampil buat laporan dan mendapatkan perlindungan di lokasi berkenaan.

“Mereka memang nak keluar tapi sering kali hasrat itu terbantut sebab dapat ancaman seperti keluarga mahu putuskan hubungan serta diugut akan dicederakan oleh ahli GISB yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Noor berkata GISB merupakan serpihan legasi ajaran sesat Al-Arqam yang diwartakan haram oleh kerajaan pada 1994.

“Ajaran mereka ini mengasingkan lelaki dan perempuan, kemudian sesama ahli ini akan disuruh untuk berkahwin oleh kepimpinan.

“Lepas kahwin, mereka akan diasingkan dan hanya akan bertemu untuk melakukan hubungan kelamin mengikut jadual yang ditentukan oleh pemimpin mereka.

“Anak-anak pun tidak tinggal dengan ibu bapa kerana anak-anak dianggap sebagai milik jemaah (GISB),” dakwanya.

Susulan itu, Mohd Noor berkata masih belum terlambat untuk ahli kumpulan itu mendapatkan pertolongan dan mereka boleh menghubunginya di talian 016-4448197 untuk bantuan.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif GISB, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya adalah antara 19 individu yang ditahan dalam serbuan serentak di empat kediaman di Jalan Imbi, Bukit Bintang di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan kira-kira pukul 5.40 pagi itu dilakukan Bahagian D8 (Operasi Khas) Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB) dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan polis menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISB. – 20 September, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related