Majlis tahlil jadi bahan kempen: ‘Hormat perasaan ahli keluarga’ Zahid bidas Annuar Musa

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cukup-cukuplah menggunakan pendekatan lama dengan membaling rasa kebencian serta melontarkan sesuatu yang di luar norma dan etika politik dalam berkempen

7:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sepatutnya mengambil kira sensitiviti dan menghormati perasaan ahli keluarga bekas wakil rakyat kawasan itu, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kempen sepanjang PRK itu juga sepatutnya menggunakan pendekatan menyantuni rakyat serta berjalan dengan tertib.

“Pada hemat saya, cukup-cukuplah menggunakan pendekatan lama dengan membaling rasa kebencian serta melontarkan sesuatu yang di luar norma dan etika politik dalam berkempen.

“Saya fikir dalam apa pun bentuk kempen, kita kena hormati sama ada seseorang itu masih berada dengan kita atau telah tiada, kita harus jaga perasaan ahli keluarga Allahyarham,” katanya di Kluang, Johor hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa satu majlis tahlil khas akan diadakan untuk Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zin dengan persetujuan keluarga arwah.

Annuar yang juga Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, ia merupakan antara program yang disusun PN sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang mana beliau akan turun sekali lagi bersama-sama beberapa pemimpin PN lain bermula 22 September ini.

Bagaimanapun, anak sulung arwah, Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar menafikan kenyataan yang dibuat Annuar menerusi laman sosial Facebook itu,

Beliau malah menegaskan keluarganya tidak mengetahui mengenai majlis tahlil yang dimaksudkan tersebut.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa PRK itu diadakan bagi membolehkan jasa dan khidmat baik yang ditinggalkan oleh Sharifah Azizah dapat diteruskan.

“Ia juga bagi memastikan kemajuan negeri Johor dapat terus berkembang dan manfaatnya bukan sahaja dapat dibawa di DUN Mahkota, malah ke seluruh daerah Kluang,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) yang lepas manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon. – 19 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related