Dasar Tingkatan 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet: Fadhlina

Memandangkan tujuan perkara tersebut adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan diputuskan

6:19 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan (KPM) melihat secara positif pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai dasar pendidikan negara yang tidak melaksanakan peperiksaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 3, dan bersetuju bahawa dasar tersebut perlu dirombak.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata memandangkan tujuan perkara tersebut adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan diputuskan.

Beliau berkata dalam menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mengumumkan agenda reformasi pendidikan negara antaranya Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET); Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); memartabatkan Bahasa Melayu dan Inggeris serta peluasan prasekolah.

“Kita juga sedang menilai persiapan untuk pelan pembangunan pendidikan baharu kerana pelan pembangunan pendidikan sedia ada berakhir pada 2025, begitu juga pelaksanaan kurikulum baharu yang akan berlangsung pada 2027. Jadi, saya fikir proses penambahbaikan dan reformasi pendidikan itu sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan rasmi ke Sekolah Integriti Kota Kinabalu di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid membangkitkan perkara tersebut selepas mendapati terdapat kira-kira 10,177 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu mengalami keciciran, yang berpunca daripada masalah membaca, menulis, dan mengira (3M).

Menurut Fadhlina, KPM kini melaksanakan program intervensi kurikulum yang telah menunjukkan hasil positif dalam mengenal pasti seramai 122,000 murid Tahun 1 yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M).

“Selain itu, semua program dan pengukuhan di peringkat kurikulum, termasuk latihan guru, kita sedang perkukuhkan berdasarkan program intervensi kurikulum yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, katanya tujuh Sekolah Integriti dan empat Sekolah Henry Gurney di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dari segi pendidikan dan harus diberi perhatian untuk kesinambungan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Aspek keputusan peperiksaan mereka sangat membanggakan dengan rekod 100 peratus lulus dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kita harus komited memastikan bahawa mereka ada akses menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

“KPM sudah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), tetapi saya rasa peluang tersebut perlu dibuka lagi, ada beberapa peluang yang sangat baik khususnya berkaitan TVET,” katanya.

Beliau berkata Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam memastikan tiada siapa yang tercicir daripada akses pendidikan berkualiti, sebagai sebahagian daripada agenda pendidikan manusiawi. – 16 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

Ferrari sues Malaysian energy drink firm over alleged logo trademark infringement

Supercar manufacturer claims image of two horses used by drink company resembles its iconic horse emblem

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related