Rumah kebajikan sedia terima kanak-kanak mangsa eksploitasi GISB

Pengurusnya, Jamaluddin Wahab berkata, pihaknya akan menunggu maklum balas terbaharu JKM dan Mais untuk sebarang tindakan lanjut berhubung kebajikan kanak-kanak terbabit

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah kebajikan di Selangor bersedia untuk menerima dan menjaga kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa eksploitasi fizikal menerusi Op Global baru-baru ini.

Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, di Sungai Buloh, Selangor antara rumah kebajikan yang sentiasa berlapang dada untuk menerima dan menjaga kanak-kanak terbabit.

Bercakap kepada Scoop, pengurusnya, Jamaluddin Wahab berkata, pihaknya akan menunggu maklum balas terbaharu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk sebarang tindakan lanjut berhubung kebajikan kanak-kanak terbabit.

“Kami sebagai rumah badan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa terbuka untuk menerima.

“Kebiasaannya JKM akan merujuk kepada rumah-rumah kebajikan yang ada untuk perintah jagaan sementara dan buat masa ini kami menunggu dahulu (arahan),” katanya hari ini.

Mengakui terkesan dengan pendedahan isu berkait salah laku melibatkan 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service & Business Holdings (GISB), Jamaluddin berkata disebabkan itu penting untuk rumah perlindungan dan kebajikan berdaftar dengan JKM.

“Ini bagi memastikan segala operasi harian mereka tidak dibelenggu dengan sebarang kegiatan tidak bermoral.

“Bila perkara seumpama ini berlaku dan menjadi tumpuan umum, tidak dinafikan sedikit sebanyak orang akan memandang serong kepada rumah kebajikan lain sebab kita tidak boleh tutup mulut orang.

“Disebabkan itu semua rumah perlindungan dan kebajikan ini perlu melalui proses berdaftar yang betul dengan JKM kerana setiap bulan pemantauan dan pemeriksaan dibuat bagi memastikan segala prosedur diikuti.

“Untuk kita pengusaha-pengusaha rumah kebajikan, ini adalah satu ujian untuk kita terus memberi khidmat lebih baik buat golongan sasar kita (kanak-kanak asnaf dan anak yatim).

“Bukan hanya memberi makan pakai sahaja kepada mereka, tetapi untuk memastikan kelangsungan hidup untuk menjadi seorang insan lebih baik di masa hadapan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa memeriksa terlebih dahulu sebelum ingin membuat sebarang sumbangan atau bantuan kepada rumah-rumah kebajikan yang diragui statusnya.

Menurutnya, langkah sebegitu dapat mengelakkan berlaku penipuan melibatkan wang ringgit sumbangan orang ramai yang disalurkan untuk kegiatan tidak baik.

“Sebaik-baiknya, sebelum ingin membuat sebarang sumbangan, kita selidik dahulu sesuatu rumah kebajikan itu agar wang sumbangan tidak digunakan ke jalan yang salah,” katanya yang menguruskan Rumah Kasih Harmoni sejak 17 tahun lalu.

Rabu lalu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berjumlah 201 orang.

Katanya, hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Antara modus operandi rumah amal terbabit adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat kanak-kanak yang lain. – 16 September, 2024.

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related