Biarpun merasakan ‘tiada kesalahan dilakukan’ Teresa Kok tetap hadir ke Bukit Aman esok

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, beliau juga sudah memberi penjelasan lanjut dalam kenyataannya yang sepatutnya meredakan sebarang kebimbangan

2:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun merasakan ‘tiada kesalahan dilakukannya’, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok memaklumkan beliau akan tetap hadir bagi memberi keterangan di Bukit Aman esok.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, beliau juga sudah memberi penjelasan lanjut dalam kenyataannya yang sepatutnya meredakan sebarang kebimbangan.

“Jika dibaca dan dianalisis kenyataan saya secara menyeluruh dan mengambil kira semua konteks, sudah terang lagi bersuluh bahawa ia tidak mengandungi rujukan kepada 3R (agama, bangsa dan raja) atau yang berkaitan dengannya.

“Kenyataan saya semata-mata suara kebimbangan dan bagi mengetengahkan isu dihadapi oleh rakyat bawahan, sebagai sebahagian daripada tugas seorang anggota Parlimen.

“Namun saya akan tetap hadir esok ke Bukit Aman esok untuk memberi keterangan dan kemudian akan disusuli dengan sidang media,” katanya hari ini.

Difahamkan Kok akan diiringi dua peguam iaitu Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Gelugor, Ramkarpal Singh.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Teresa akan dipanggil bagi memberi keterangan di Bukit Aman esok susulan beberapa laporan polis dibuat susulan kenyataannya berkait sijil halal.

Beliau berkata, Teresa akan hadir untuk memberi keterangan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada jam 10 pagi.

Isu sijil halal menjadi polemik susulan kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilapor mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Susulan itu, Teresa berkata, cadangan itu berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Kenyataannya tersebut bagaimanapun dibidas beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mendesak Teresa meminta maaf serta menggesa pemimpin DAP tidak perlu membuat kenyataan mengenai pensijilan halal. – 9 September, 2024

Topics

 

Hangat

‘No more Petronas in a decade if we don’t right size now’, warns CEO

Tan Sri Tengku Muhammad Taufik said the new organisational structure is still being finalised and will only be introduced later this year

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related