Pengerusi Mara beri amaran, tindakan perundangan pada penyewa jadikan premis sebagai stor barang

Notis perundangan telah dikeluarkan dan langkah itu bagi membolehkan usahawan Bumiputera lain mendapat manfaat daripada premis tersebut yang menawarkan sewa yang murah

5:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah mengambil tindakan ke atas 321 penyewa premisnya kerana tidak mengikut terma perjanjian termasuk menjadikan premis sebagai stor serta tidak membuka perniagaan. 

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, notis perundangan telah dikeluarkan dan langkah berkenaan bagi membolehkan usahawan Bumiputera lain mendapat manfaat daripada premis tersebut, yang menawarkan sewa yang murah.

“Banyak premis Mara daripada 6,666 yang dijadikan stor dan tidak dibuka atau tidak ikut terma perjanjian sudah mula diambil tindakan undang-undangan. Jika ada lagi tolong maklum untuk tindakan serta merta.

“Ia melibatkan hak rakyat dan amanah orang Melayu yang mesti dipertanggungjawab sebaik mungkin,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Asyraf Wajdi turut menegaskan, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mentransformaskan premis-premis Mara termasuk Bazar, Plaza Mara, Arked Mara dan lain-lain agar lebih dinamik serta berwajah baharu.

Kenyataan Asyraf Wajdi itu mendapat reaksi pelbagai dengan ada yang meminta supaya kajian dijalankan mengapa begitu banyak premis-premis perniagaan Mara terbiar kosong dan lesu serta kedudukan yang tidak strategik.

Tidak kurang pula yang mencadangkan supaya Mara membina lot-lot dengan saiz yang kecil  serta dijadikan sebagai tempat sewa untuk kedai atas talian, yang kini semakin berkembang.

Ada juga yang berpendapat, penyewa mengambil kesempatan kerana sewa yang murah sehingga menutup peluang orang lain yang ingin menjalankan perniagaan. – 5 September, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related