‘Saya kahwin anggota polis, isteri pertama pinangkan,’ Sanusi akui berkahwin lagi

Sanusi berkata, pinangan dibuat oleh isteri pertamanya, Toh Puan Jusmalailani Jusoh dan proses perkahwinan mengikut undang-undang yang sah

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya mengesahkan sudah kali kedua dengan seorang pegawai polis.

Dalam sidang media di Kuala Nerang, Kedah hari ini, Sanusi berkata, pinangan dibuat oleh isteri pertamanya, Toh Puan Jusmalailani Jusoh dan proses perkahwinan mengikut undang-undang yang sah.

“Saya kahwin dengan anggota polis. Isteri saya pergi meminang. Ya pinangan itu dibuat oleh isteri saya berbulan bulan dululah. Alhamdulillah…sempurna, teratur.

“Hal peribadi jarang saya cakap, rumah tangga orang pun saya tak kacau tapi saya tak tahu pasal apa orang minat sangat dengan hal saya.

“Saya tak sukalah hal personal keluarga dihebahkan, banyak orang buat spekulasi kata saya kena tangkap khalwat, tak patut sungguh.

“Hari peminangan dan perkahwinan, isteri saya ada anak saya hadir semua proses ikut prosedur dan dipatuhi. Jadi tak ada isu,” katanya.

Sanusi berkata, perkara itu sepatutnya tak perlu disensasikan dan masyarakat perlu dididik dengan ilmu.

“Saya pun kesian tengok hangpa (wartawan) ligan (kejar) saya…saya pun kasihan, saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi, depa kata tok lebai PAS ni kira menikah je kan?,” katanya.

Perkenalan bermula apabila wanita itu terbabit dalam siasatan kes sebuah kabin kontena kosong yang dijadikan stor dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

“Isteri (baharu) saya bukan penyiasat REE (unsur nadir bumi), dia penyiasat ada satu pengeboman di kediaman rasmi Menteri Besar, bom itu pun dah meletup, kontena itu terbakar.

“Saya jumpa beliau untuk kali pertama dan kali terakhir atas siasatan bom, jadi polis datang ramai ramai ambil statement sebab siasatan, lepas itu dia jadi kawan isteri saya, dia ada mengaji di kuliah sama dengan isteri, tak ada kawan dan berjumpa, lepas kahwin saya bercinta.

“Saya nak maklumkan pada tuan-tuan, percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin harap lepas ini tak ada spekulasi apa-apa lagi hal peribadi hal rumah tangga, tak eloklah diheret merata rata, hormati privasi saya keluarga saya, anak saya,” katanya. – 4 September, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related