Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan jamin kerjasama pertahan DUN Mahkota: Khaled

Naib Presiden Umno dan koordinator BN untuk PRK, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia memberi dorongan tambahan kepada BN dalam mempertahankan kerusi DUN berkenaan

2:51 PM MYT

 

KOTA TINGGI – Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen dan sokongan penuh dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Naib Presiden Umno dan koordinator BN untuk PRK itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia sekali gus memberikan dorongan tambahan kepada BN dalam mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

“Kita koordinasi dengan baik (dan) kita telah dapat jaminan kerjasama daripada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3 di sini hari ini.

PRK DUN Mahkota akan diadakan pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lepas, menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan). – 1 September, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related