2 profesor termasuk Presiden MPN didakwa pecah amanah RM271,000

Menurut dua pertuduhan, Raduan selaku Presiden MPN didakwa secara tidak jujur meluluskan transaksi RM71,000 ke dalam akaun bank milik Profesor Datuk Kefli Mahpol

4:58 PM MYT

 

SHAH ALAM – Dua individu termasuk Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tujuh pertuduhan, masing-masing pecah amanah dan bersubahat, membabitkan nilai RM271,000, pada 2023 dan April lepas.

Menurut dua pertuduhan, Raduan, 64, selaku Presiden MPN didakwa secara tidak jujur meluluskan transaksi RM71,000 ke dalam akaun bank milik Profesor Datuk Kefli Mahpol, 65.

Sementara bagi lima lagi pertuduhan, Raduan sebagai Pengarah MPN Global Reach Sdn Bhd didakwa secara tidak jujur melakukan pecah amanah terhadap wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach Sdn Bhd dengan mengeluarkan wang sebanyak RM200,000 kepada Kefli menerusi lima cek bank.

Perbuatan itu dilakukan pada 3 April dan 14 Mac 2023 serta 5, 8 dan 15 April 2024 di MPN, Kajang di Hulu Langat.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding berasingan, Kefli didakwa dalam tujuh pertuduhan bersubahat dengan Raduan melakukan pecah amanah pada tarikh dan lokasi sama. 

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, sebaik pertuduhan dibacakan, Raduan yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), berkata beliau sangat kesal dengan segala pertuduhan tersebut dengan kelulusan (berhubung pengeluaran wang) diberikan atas jawatan serta kapasitinya. 

“Saya kesal dengan kesemua pertuduhan ini dan saya percaya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya masih terkejut (dengan pendakwaan itu),” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Law Chin How manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz. 

Hakim Datuk Anita Harun seterusnya menetapkan jaminan RM40,000 untuk setiap tertuduh bersama seorang penjamin, selain perlu melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan serta tidak mengganggu atau menghubungi saksi pendakwaan. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Oktober ini. – 28 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related