Kemenangan PRK Nenggiri: Bantuan jentera PH tidak boleh dinafikan, kata Adun Duyong

Ada yang menyatakan jentera Umno 'all out' sepenuhnya sehingga membawa kemenangan kepada calonnya, Mohd Azmi Azmawi Abdul Ghani

11:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Bantuan jentera dari Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri tidak boleh dinafikan meskipun ada yang menyatakan jentera Umno ‘all out’ sepenuhnya sehingga membawa kemenangan kepada calonnya, Mohd Azmi Azmawi Abdul Ghani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem ketika ditemui Scoop berkata, jentera PH juga turun untuk bertemu penyokong dan ahli mereka yang merupakan pengundi di situ.

“Tetapi pemahaman ahli kita sedikit sebanyak semakin berubah. Contoh di Nenggiri, orang kata Umno yang bertanding, jentera Umno ‘all out’ dan sebagainya tapi kita tak boleh nafikan bantuan jentera Pakatan Harapan yang turut bertemu penyokong dan ahli mereka yang juga pengundi di Nenggiri.

“Jadi secara tak langsung bantuan itu ada dan ahli parti (Umno) yang bekerja di Nenggiri menyedari perkara ini.

“Kita sedikit sebanyak saling bantu membantu, lama-lama ok..insya-Allah. Macam saya kata gaduh dah lama dan tiba-tiba berkawan, jadi ada susah (permulaan) tapi (hubungan) bertambah baik dari masa ke semasa,” katanya ketika ditemui Scoop pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di sini.

Pada PRK DUN Nenggiri Sabtu lalu, calon Umno, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, merampas semula kerusi Nenggiri dengan memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi.

PRK DUN N.43 NENGGIRI
Pada PRK DUN Nenggiri Sabtu lalu, calon Umno, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, merampas semula kerusi Nenggiri dengan memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi – Gambar Bernama, 23 Ogos, 2024

Mengulas lanjut Helmy turut mengambil mengambil contoh hubungan antara Umno dan DAP yang berterusan digunakan pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Politik persepsi bukan perkara betul sentiasa, tapi bila terus dimainkan yang tak betul pun jadi betul.

“Contoh dalam hubungan dengan DAP, kita (Umno) ni bergaduh dah lama, tiba -tiba ada ‘bonding’ secara mengejut, kadang-kadang bukan senang nak diterima ahli,’’ katanya.

Ditanya mengenai keperluan lebih ramai golongan muda dalam Umno ditonjolkan sebagai calon pilihan raya, Mohd Noor Helmy berkata, untuk bersifat adil tidak boleh 100% calon muda ditampilkan.

Ini kerana, katanya, golongan senior juga mempunyai peranan malah pengalaman dalam pentadbiran mereka perlu diambil kira, bukan semata-mata idea baharu yang dibawa dari semasa ke semasa.

“Nak mentadbir negara ini bukan senang, jadi kita kena bersifat adil, tidak boleh nak 100% calon muda, mesti ada kesinambungan daripada senior dan orang seterusnya.

“Ambil contoh di Melaka, Ketua Menteri berumur 60 tahun lebih, tapi Exco kanan orang muda berusia dalam lingkungan 30-an. Jadi selang seli usia ini memberi dinamika yang menarik.

“Senior ini akan bimbing yang muda tentang pentadbiran, manakala yang muda membawa nafas dan idea baharu.

“Kita takut juga kalau orang muda tapi pengalaman kurang, ini nak menguruskan sebuah negara, bukan syarikat dua ringgit dan kita bercakap mengenai kehidupan 30 juta rakyat jadi saya percaya kesimabungan itu boleh terus berlaku,” katanya. – 23 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related