Muhyiddin boleh guna gelanggang PRU16 jika mahu kembali ke Putrajaya, bukan SD: Azalina

Kata Datuk Seri Azalina Othman Said, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menghormati proses yang telah selesai sebelum ini dan menerimanya secara terbuka

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menggunakan gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika mahu kembali ke Putrajaya, bukan menggunakan akuan bersumpah (SD).

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Muhyiddin perlu menghormati proses yang telah selesai sebelum ini dan menerimanya secara terbuka.

Beliau juga meminta Muhyiddin supaya bersikap ‘gentleman’ dan mencontohi sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri selepas Langkah Sheraton pada 2020.

“Saya masih ingat bila berlaku Langkah Sheraton dan Muhyiddin ambil alih sebagai Perdana Menteri.

“Saya teringat perbualan bersama bekas ketua pembangkang yang kini Perdana Menteri Ke-10 (Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang memaklumkan kepada saya Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong.

“Itu tindakan ‘gentleman’, jadi pada saya cukup SD atau tidak bukan isunya, Muhyiddin perlu menghormati proses yang telah selesai sebelum ini dan menerimanya secara terbuka.

“Kita ada tinggal dua tahun lebih sahaja, jadi lawan sajalah (dalam PRU16). Tidak ada masalah (berlawan), ini demokrasi,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) hari ini.

Semalam, Azalina dalam catatan di Aplikasi X berkata, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak perlu ‘mengajar’ Sultan Pahang bagaimana memilih Perdana Menteri ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Muhyiddin ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bahawa beliau mempunyai 115 SD pada masa itu.

Malah semalam, Muhyiddin menyerahkan dokumen mengandungi 115 SD Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, kepada polis.

Selain itu Azalina yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, Akta Hasutan 1948 tidak mengambil kira niat seseorang mengeluarkan kenyataan yang sensitif.

Jelas beliau, ini kerana tindakan sedemikian adalah dianggap telah berlaku.

“Pada saya Akta Hasutan ialah satu undang-undang yang sangat tinggi tahapnya. Bagaimana kamu mahu jelaskan apakah niat kamu? Adakah niat dilihat sebagai pembelaan dalam Akta Hasutan? Itu bergantung kepada polislah (untuk siasat).

“Macam niat dia (Muhyiddin) saya tidak boleh jawab, orang yang lafaz tu saja yang tahu apa niat dia,” katanya. – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related