Terperangkap 11 jam dalam lif: Anak jadi trauma, naik lif mesti berteman

Ibu kanak-kanak itu mengakui kesalahan anaknya namun berkata, jika ada pemantauan berkala oleh pihak pengurusan, anaknya tidak akan terperangkap selama 11 jam

10:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah seorang kanak-kanak yang terperangkap selama hampir 11 jam di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, di sini, Isnin lalu, kini trauma dan memerlukan teman untuk menaiki lif.

Ibunya, Fospaliza Md Shariff, 48, ketika memberitahu Scoop berkata, keadaan itu disedarinya selepas dua hari insiden tersebut berlaku dan mendapati anaknya, Faiq Adiwira Rosli, 11, tidak boleh menaiki lif berseorangan untuk turun dan naik lif ke rumah mereka di tingkat sembilan.

“Selepas dua hari, baru saya perasan Faiq trauma nak naik lif, mesti bertemankan orang dewasa. Malah nak ke bilik air dalam rumah pun kena berteman,’’ luahnya yang menetap di situ sejak 12 tahun lalu.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, dua kanak-kanak, Faiq, 11, dan rakannya, Muhammad Harith Absyar, 10, terperangkap dalam lif selama hampir 11 jam.

Mereka dipercayai terperangkap dalam lif antara 2.30 petang dan diselamatkan kira-kira pukul 12.50 tengah malam.

Sementara itu, ditanya mengenai penyebaran klip CCTV yang memaparkan anaknya serta rakannya Harith meletakkan selipar di pintu lif, Fospaliza menyifatkan perkara itu normal bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

“Biasalah budak-budak ada nakalnya, mereka cuba semua benda. Kalau mereka buat benda itu depan mata saya, sudah tentu saya akan marah dan tegur.

“Memang apa yang mereka berdua itu buat salah, tetapi kalau ada pemantauan berkala (pihak pengurusan) dengan sentiasa memantau CCTV, pastinya budak-budak ini tidak akan terperangkap sehingga 11 jam dalam lif berkenaan,’’ katanya.

Fospaliza turut memaklumkan dia masih lagi dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang susulan insiden yang menimpa anaknya supaya kejadian serupa tidak akan berulang lagi di pangsapuri tersebut.

“Saya masih lagi dalam pertimbangan untuk ambil tindakan undang-undang, sehingga ke hari ini pihak pengurusan masih belum serahkan laporan penuh insiden itu.

“Mereka pun tidak beri tempoh berapa lama nak serahkan laporan itu, malah video yang tunjuk anak saya dan kawannya letak selipar itu pun saya tengok di media sosial selepas ia tersebar, bukan menerusi pihak pengurusan,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan dua kanak-kanak ditemui selamat selepas hampir 11 jam terperangkap di dalam lif sejak jam 2.30 petang Isnin sebelum diselamatkan pada jam 12.50 tengah malam.

Menurut Fospaliza, Faiq yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu meminta izin untuk keluar membeli pau di kedai berdekatan sebelum terperangkap dalam lif berkenaan.

Menyedari anaknya masih tidak pulang ke rumah pada jam 7 petang Isnin, Fospaliza kemudiannya bersama suami mencari anaknya di kawasan sekitar perumahan 10 tingkat itu sebelum anaknya dibawa pulang oleh pengawal keselamatan ke rumah mereka pada jam 1 pagi Selasa. – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related