‘Ayet, pulanglah segera’ Syakilla dilanda kebimbangan, suami hilang lebih seminggu

Kali terakhir Nor Syakilla melihat suaminya yang juga bekerja sebagai pembantu pasar raya adalah ketika dia menghantar Mohd Ridzlan ke hentian bas Rembau pada Selasa lalu

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang isteri, Nor Syakilla Awang, 31, kini bimbang selepas suaminya, Mohd Ridzlan Ahmad, 43 atau dikenali sebagai Ayet, tidak pulang ke rumah lebih seminggu lalu.

Nor Syakilla ketika dihubungi Scoop memberitahu, kali terakhir dia melihat suaminya yang juga bekerja sebagai pembantu pasar raya adalah ketika dia menghantar Mohd Ridzlan ke hentian bas Rembau pada Selasa lalu.

Jelas Nor Syakilla, suaminya itu meminta supaya dihantar ke situ untuk menaiki bas ke Seremban dan dia kemudiannya menuju ke Kelantan untuk menghantar barang bersama seorang kawan.

Dia bagaimanapun tidak mengenali kawan suaminya itu dan memaklumkan Mohd Ridzlan gagal dihubungi sejak Rabu lalu hingga memaksanya membuat laporan polis di Balai Polis Rembau pada Jumaat.

“Saya sudah mencarinya di semua tempat di sekitar Rembau termasuk di hospital namun sehingga kini masih tiada khabar berita tentang suami. Saya pun dah hubungi kawan-kawan suami dan mereka pun tidak tahu di mana dia berada.

“Saya risau sebab sekarang macam-macam kes jenayah berlaku tapi saya tawakal dan berharap suami kembali ke pangkuan saya dan anak-anak dalam keadaan baik serta selamat.

“Polis pun sama-sama mencari dan kalau ada apa-apa perkembangan, mereka akan menghubungi saya,” katanya kepada Scoop.

Nor Syakilla yang mempuntai tiga anak turut memberitahu, anak-anaknya yang berusia tiga, lima dan 10 tahun sering bertanyakan mengenai bapa mereka.

Enggan memikirkan sebarang perkara buruk, Nor Syakilla yang bekerja sebagai pembantu kedai terpaksa memberitahu anak-anaknya bahawa mereka sedang bekerja di luar kawasan.

“Saya sedih bila anak-anak dah seminggu tak jumpa bapa mereka, bila mereka tanya, saya cuma beri jawapan, ayah sedang bekerja.

“Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu dan sekarang ini, saya cuma berharap tiada apa-apa perkara buruk menimpanya,” katanya dalam keadaan sebak. – 21 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related