Isu 3R: Polis panggil Muhyiddin beri keterangan Selasa ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu

9:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan pada Selasa ini berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

“Kita memanggil beliau untuk tampil beri keterangan pada 20 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam, telah menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu. – 18 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related