Agong ingatkan pegawai tentera ‘kedaulatan negara tergadai jika amal rasuah’

Baginda turut bertitah bahawa kerjaya ketenteraan menuntut kejujuran, pengorbanan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi demi mempertahankan kedaulatan negara

1:06 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€“ Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan pegawai tentera supaya tidak terlibat dalam amalan rasuah terutama melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan.

Sultan Ibrahim bertitah selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), baginda tidak akan memberi muka kepada mereka yang gagal melaksanakan amanah sebagai seorang pegawai tentera.

Tegas Baginda, kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika amalan rasuah serta salah guna kuasa berleluasa.

ā€œJusteru itu, jangan sekali-kali ada pegawai tentera yang terlibat dalam amalan rasuah terutamanya melibatkan urusan pembelian peralatan dan kontrak kerajaan.

ā€œSelaku Pemerintah Tertinggi ATM, saya tidak akan memberi muka kepada mereka yang gagal melaksanakan amanah sebagai seorang pegawai tentera.

ā€œSaya juga pernah menjalani pelbagai latihan ketenteraan, oleh itu, jangan nak temberang,ā€ titah Sultan Ibrahim pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM 2024 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Pemangku Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dan Penglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa kerjaya ketenteraan menuntut amanah, kejujuran, pengorbanan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi demi mempertahankan kedaulatan negara.

Pada masa sama, baginda juga mengingatkan kerajaan untuk sentiasa menitikberatkan amanah dalam semua urusan pembelian peralatan dan pembinaan kemudahan tentera.

ā€œPeralatan yang ingin dibeli mestilah bermutu tinggi dan memenuhi kehendak pasukan dan keperluan pertahanan negara, bukannya mengikut telunjuk pembekal atau agen yang menawarkan komisen.

ā€œSaya sendiri yang akan menilai semua perolehan,ā€ titah baginda.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 664 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini terdiri daripada mereka yang menamatkan latihan di Akademi Latihan Ketenteraan, Akademi Tentera Darat, Kapal Diraja Sultan Idris Pertama dan Kolej Tentera Udara-Sekolah Latihan Pegawai selama enam bulan. – 17 Ogos, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ā—‰ Related