493 pengamal media sambilan terima manfaat SKSPS Perkeso

Inisiatif itu adalah bagi menambah baik program perlindungan sosial melibatkan pengamal media yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 493 pengamal media sambilan daripada 45 organisasi media menerima manfaat Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setiap individu bagi tempoh setahun mulai 1 Julai 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah bagi menambah baik program perlindungan sosial melibatkan pengamal media yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pengamal media sambilan menghadapi cabaran lebih besar kerana tidak mempunyai pendapatan tetap dan ada yang berdepan dengan masalah kewangan akibat masalah kesihatan dan tugasan yang tidak menentu. Gambar sekadar hiasan – Gambar fail Scoop, 15 Ogos, 2024

“Bagi pengamal media sambilan, mereka menghadapi cabaran lebih besar kerana tidak mempunyai pendapatan tetap dan ada yang berdepan dengan masalah kewangan akibat masalah kesihatan dan tugasan yang tidak menentu.

“Justeru, Kementerian Komunikasi menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengambil langkah proaktif untuk mengadakan sesi perbincangan bersama Perkeso bagi mengurangkan beban mereka.

“Sebanyak 90% nilai caruman ditanggung kerajaan manakala baki 10% ditaja Bernama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi pengamal media sambilan antara Bernama dan Perkeso yang diadakan di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Memorandum itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso John Riba Marin.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzzaman Nik Husin dan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.

Mengulas lanjut, Fahmi berharap lebih banyak organisasi media akan sama-sama meletakkan keselamatan dan kebajikan pekerja sambilan sebagai keutamaan.

Menurutnya, ini kerana kejayaan sesebuah organisasi media itu banyak ditunjangi pekerja media yang turun ke lapangan yang sentiasa berhadapan cabaran dalam menyiapkan tugasan.

“Kita harap agensi media masing-masing menyahut cabaran (caruman Perkeso) kerana mereka (pekerja media sambilan antara) yang menyumbang kepada kejayaan organisasi jadi kita perlu berlaku adil agar keselamatan sosial mereka terjamin.

“Tahun pertama, pihak Bernama dan kerajaan tanggung tapi kita harap kemudian syarikat media menggalas tanggungjawab itu tapi kita akan pantau dari masa ke semasa,” katanya. – 15 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related