Keluarga mahukan keadilan, hukuman setimpal terhadap pembunuhan kejam Istiqomah

Menurut suaminya, Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi adalah isteri yang baik, serta amat sayangkan anak-anak. Dia tidak patut diperlukan dengan sedemikian rupa

2:42 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Keluarga kepada Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang mayatnya ditemukan dalam tong sampah di Alor Gajah, Melaka, Disember lepas tanpa kepala dan kedua-dua tangan, menyifatkan pembunuh wanita itu sebagai amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Suami Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, berkata beliau menuntut supaya keadilan ditegakkan, dengan pembunuh diburu dan dikenakan hukuman keras yang setimpal.

“Kalau boleh hukuman gantung, saya mahukan keadilan untuk isteri saya, tak patut (diperlakukan sedemikian rupa).. dia isteri yang taat pada suami dan amat sayangkan anak-anaknya. Dia (isteri) seorang yang baik.

“Kalau ada apa-apa dia akan minta izin dengan saya terlebih dahulu. Saya nak keadilan untuk dia (isteri), memang kejam (pelaku) buat macam itu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Kota Masai di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata anak-anaknya Naura Auni 9, Muhammad Naufal Amzar, 6 dan Nayla Aisya 4, telah tahu serta faham mengenai kejadian yang menimpa ibu mereka dan mereka lebih banyak mendiamkan diri terutama anak sulungnya.

Ibu Istiqomah, Saleha Ya, 58, berkata kali terakhir beliau bertemu arwah adalah ketika bercuti di Morib, Selangor kira-kira dua hari sebelum Istiqomah dilaporkan hilang.

Beliau berkata semasa siasatan mengenai kehilangan anaknya itu dijalankan, beliau bersama-sama suaminya Ahmad Rozi Latimin, 64, yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan, telah membuat ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD Alor Gajah.

Ahmad Rozi pula memberitahu jenazah anaknya akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, Kelapa dalam masa terdekat, dan pada masa ini pihaknya masih menunggu proses bedah siasat selesai.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemukan di tepi jalan di kawasan kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah pada 31 Disember lepas, adalah mayat Istiqomah seorang guru yang dilaporkan empat hari sebelumnya.

Beliau berkata polis telah menahan reman satu pasangan suami isteri bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara. – 12 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related