‘Berlakon la sikit’ Puad sindir Annuar Musa, pakai baju jenama LV turun kempen

Annuar sepatutnya ‘berlakon’ dan tidak perlu mengenakan pakaian daripada jenama mewah ketika berkempen sambil melaungkan kesusahan hidup rakyat

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi secara sinis menyindir Pengarah Operasi Pilihan Raya Perikatan Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang mengenakan pakaian mewah ketika berkempen di Nenggiri, baru-baru ini.

Menurut Puad, Annuar sepatutnya ‘berlakon’ dan tidak perlu mengenakan pakaian daripada jenama mewah ketika berkempen sambil melaungkan kesusahan hidup rakyat.

“Viral beberapa gambar Annuar Musa pakai barang jenama Louis Vuitton (LV). Baju LV. Jam tangan LV. Selipar pun LV. Ia ekoran Annuar pakai baju Louis Vuitton masa bagi maggi mi pada pengundi Orang Asli.

“Kesian Annuar. Tak salah dia pakai barang berjenama. Betullah, itu pitih (duit) dia. Tetapi berpada padalah. Lain kali jangan over (lebih) bila cakap rakyat hidup susah. Tetapi kamu pula pakai LV.

“Berlakonlah sikit. Pakai kopiah dan kain pelekat cop gajah duduk.

“Annuar kata ahli PAS yang tuduh DAP kafir harbi tersasul cakap. Tapi pakai baju Louis Vuitton tidak mungkin tersasul,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu menurut Instagram @beastlab_ , sweater putih dengan warna kuning hijau yang dipakai Annuar berharga sekitar RM13,100.

Manakala harga anggaran bagi model jam tangan berwarna Titanium White Iceberg yang dipakai oleh Annuar itu bernilai sekitar RM145,000. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related