Walaupun DAP tak turun kempen di Nenggiri tapi nama tetap ‘dipetik’: Pemimpin DAP

Menurut Sheikh Umar Bagharib Ali, ia menunjukkan PAS dan PN memperlakukannya seolah-olah DAP yang bertanding di kerusi berkenaan

5:06 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Meskipun DAP tidak bertanding dan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri namun menghairankan apabila nama parti berkenaan sentiasa ‘dipetik’ dalam ceramah Perikatan Nasional (PN).

Menurut salah seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, ia menunjukkan PAS dan PN memperlakukannya seolah-olah DAP yang bertanding di kerusi berkenaan.

Sepatutnya parti berkenaan, katanya berkempen secara matang namun ucapan kebencian disebarkan menerusi ungkapan yang cukup berat iaitu ‘kafir harbi’.

“DAP tidak turun secara langsung untuk berkempen di sana tapi PAS dan PN memperlakukan seolah-olah kita yang bertanding di sana, lebih malang dalam masa beberapa hari ini tiada polisi yang ditawarkan oleh mereka, tetapi (mereka) berterusan menyerang DAP.

“Sehingga hari ini tiada permohonan maaf secara jelas dibuat kepada DAP, malah PAS seolah-olah dilihat memandang ringan perkara tersebut malah individu yang menyatakan ungkapan ‘kafir harbi’ itu direhatkan selama tiga hari,’’ katanya.

Sheikh Umar, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini berhubung ungkapan ‘kafir harbi’ oleh seorang ahli PAS pada pentas ceramah PRK DUN Nenggiri, Khamis lalu.

Pada Jumaat, Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada keperluan untuk PAS memohon maaf kepada DAP kerana perkara itu dibuat atas kapasiti peribadi, bukan pendirian parti.

Beliau berkata, PN juga sudah merehatkan sementara individu terbabit yang juga pengacara majlis selama tiga hari dari pentas ceramah pada kempen PRK berkenaan bagi ‘menyejukkan’ keadaan.

Dalam pada itu, Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi berkata, ungkapan kafir harbi boleh memecahbelahkan keharmonian kaum dan mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Ini (jelas) ucapan kebencian. Kami, DAP tidak berkempen dan turun secara langsung di Nenggiri tetapi nama kami yang disebut.

“Kita berharap ini menjadi satu noktah kalau nak berpolitik, kita bersaing secara sihat, matang dan sejahtera.

“Jangan lepaskan mereka yang nak menyemai benih kebencian dan menyemarakkan api permusuhan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Semalam Pemuda Harapan Kelantan turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang, berkaitan dakwaan kafir harbi itu dan meminta supaya pihak berkuasa menyiasat kenyataan terbabit di bawah Seksyen 298A.

Ketua Pemuda DAP Gua Musang, Nor Amin Shafiq Ismail berkata, ia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab serta merbahaya apabila agama dijadikan sebagai alat politik. – 11 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related