Taktik seludup dadah guna dron ke Penjara Tapah Road berjaya dipatahkan

Hasil pemeriksaan mendapati beg dobi digantung pada dron dan di dalamnya terdapat satu peket plastik lut sinar mengandungi tiga peket plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 122 gram

8:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Taktik banduan menyeludup dadah dengan menggunakan dron berjaya dipatahkan oleh warden penjara susulan penemuan dron berwarna putih di atas bumbung Blok Aman, Penjara Tapah Road, Tapah, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, siasatan awal mendapati modus operandi membawa masuk dadah ke dalam penjara dengan menggunakan dron merupakan kes pertama diterima oleh polis.

Jelasnya, kejadian itu disedari oleh sarjan penjara pada jam 11.30 pagi ketika membuat rondaan bersama anggota penjara pada 9 Ogos lalu sebelum membuat laporan polis pada jam 5 petang, hari yang sama.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian itu disedari oleh sarjan penjara pada jam 11.30 pagi ketika membuat rondaan pada 9 Ogos lalu sebelum membuat laporan polis pada jam 5 petang, hari yang sama. – Gambar Bernama, 10 Ogos, 2024

“Hasil pemeriksaan yang dibuat oleh sarjan penjara itu menjumpai beg dobi yang digantung pada dron tersebut dan di dalamnya terdapat satu peket plastik lut sinar mengandungi tiga peket plastik berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin seberat 122 gram.

“Turut ditemui ialah dua peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 12.9 gram,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azizi memberitahu, polis memandang serius kes melibatkan penyeludupan dadah dan menjalankan siasatan secara menyeluruh ke atas penjenayah kes-kes penyeludupan dadah terutama melibatkan penjara.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,’’ katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang menyalurkan maklumat serta membantu polis membanteras jenayah. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related