Kes tikam Kelana Jaya: Polis telah kenal pasti suspek

Berdasarkan maklumat diperoleh, pasukan polis kini sedang berusaha mengesan suspek. Bagaimanapun, motif serangan belum diketahui

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti dan kini giat mengesan keberadaan penyerang dua wanita dalam kejadian di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata pihaknya juga memperoleh satu rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah berhampiran yang merakamkan kereta dinaiki suspek, dipercayai lelaki warga tempatan, meninggalkan kawasan surau selepas kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, pasukan polis kini sedang berusaha mengesan suspek. Bagaimanapun, motif serangan belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini katanya pihak polis sudah merakamkan percakapan tujuh orang saksi bagi membantu siasatan.

Sementara itu mengulas keadaan kedua-dua mangsa,  Shahrulnizam berkata seorang daripada mereka iaitu guru besar sebuah sekolah agama di Kelana Jaya, telah dibenarkan keluar dari hospital dan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Bagaimanapun seorang lagi mangsa masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam,” katanya.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, seorang lelaki bertindak menyerang seorang jurujual berusia 26 tahun dan guru besar berusia 52 tahun dengan pisau rambo dalam kawasan surau berkenaan.

Ekoran kejadian itu, jurujual terlibat mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berkenaan mengalami luka pada lengan dan tangan kiri.

Berdasarkan siasatan awal sebelum ini, kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related