Pemimpin Bersatu Kelantan mudah ‘dicucuk hidung’, ikut telunjuk PAS: Azizi

Katanya, ahli Bersatu di Gua Musang berasa terhina dan kecewa apabila tiada seorang pun daripada mereka diberikan hak menjadi calon di kawasan sendiri

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim mengibaratkan kepimpinan Bersatu Kelantan bagai ‘orang dicucuk hidung’ apabila hanya mengikut telunjuk PAS yang berlagak ‘abang besar’.

Bercakap kepada Scoop, bekas wakil rakyat Bersatu itu berkata, ahli Bersatu di Gua Musang berasa terhina dan kecewa apabila tiada seorang pun daripada mereka diberikan hak untuk ditampilkan sebagai calon di kawasan sendiri.

Beliau berkata, ada ahli yang bertindak keluar parti baru-baru ini selepas hilang kepercayaan kepada Bersatu Kelantan, memberitahunya kenapa mereka perlu berdiam diri dengan keputusan kepimpinan meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang.

“Bersatu ada lebih kurang 18,000 ahli di Gua Musang, namun seolah-olahnya semuanya tak layak jadi calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

“Kenapa diambil Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang? Kenapa Bersatu perlu ikut telunjuk PAS?

“PAS bagi syarat orang itu tak boleh, orang ini tak boleh, sedangkan Bersatu ada calon boleh menang, contoh Sheikh Razali Hamad, tapi kenapa diketepikan? Atas alasan dia orang saya?

“Masalahnya Bersatu negeri di cucuk hidung oleh PAS, jadi terpaksalah ikut telunjuk, ambil lah orang PAS sebagai calon.

“Jadi ahli yang tidak berpuas hati ini tidak berdiam diri, ada yang hubungi saya dan beritahu kekecewaan mereka, tidak layakkah walau seorang daripada 18,000 itu untuk menjadi calon?” katanya hari ini.

Terdahulu, lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu membabitkan lapan cawangan di Jeli, Kelantan mengumumkan keluar parti selepas hilang keyakinan terhadap pimpinannya.

Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad berkata, keputusan itu dibuat kerana Bersatu dilihat lemah dalam percaturan politik, terutama isu pemilihan calon di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Sebelumnya, seramai 480 ahli Bersatu daripada 12 cawangan di DUN Nenggiri diketuai bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin, mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.

Mengulas lanjut, Azizi yang juga bekas Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang berkata, beliau tidak pernah mempengaruhi mana-mana ahli termasuk timbalannya, Che Ariffin untuk meninggalkan Bersatu.

“Selepas saya dipecat Bersatu, timbalan saya (sepatutnya) akan pangku Ketua Bahagian. Tetapi Bersatu Pusat tidak bagi kepada Che Ariffin sebaliknya beri kepada orang luar Gua Musang jadi pemangku Ketua Bahagian.

“Pada saya ia menafikan hak ahli Bersatu, tapi saya bukan lagi ahli Bersatu, jadi itu terpulang kepada mereka dan bebas untuk membuat pilihan masing-masing…kalau rasa nak masuk Umno, pergilah,” katanya.

Tambah beliau, PAS juga perlu sedar mengenai hakikat bahawa parti itu tidak pernah menang di Gua Musang.

“Bila kita (Bersatu) menang, kita letak panji PAS di Gua Musang, kita tengok PAS dengan mana-mana parti pun dia nak jadi ‘abang besar’.

“Sedangkan Bersatu di Gua Musang dibina sejak 2020, buat gerak kerja lebih tiga tahun, tapi bila kita menang, Bersatu Pusat nampak terkapai-kapai untuk menyokong kita, dengan alasan akaun Bersatu dibeku.

“Jadi PAS menguasai negeri (kuasa pada mereka), keputusan mereka buat, sehingga di Nenggiri pun Bersatu masih dinafikan hak sebaliknya tunduk kepada keputusan PAS,” katanya. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related