Tesla batal rancangan kembang operasi kerana belum mampu saingi EV China: PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diberitahu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada beliau

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan Tesla membatalkan rancangan mengembangkan operasi pengeluaran di rantau ini, termasuk Malaysia berpunca daripada kegagalan ia untuk bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) dikeluarkan syarikat China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diberitahu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada beliau.

Katanya, Tengku Zafrul mendapat maklumat terkini mengenai situasi didepani Tesla itu.

“Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla

“Kita terima informasi ini terus (dari syarikat), bukan daripada liputan media,”.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meluncurkan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini, hari ini.

Terdahulu, akhbar Thailand, The Nation dilaporkan memetik sumber negara berkenaan sebagai berkata, Tesla tidak akan membina kemudahan pembuatan EV sama ada di Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Menurutnya, Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali China, AS dan Jerman,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, diketahui bahawa Tesla belum komited secara rasmi untuk membina sebuah kilang di Malaysia.

Pada Julai tahun lalu, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi sebahagian daripada pelaburan berskala besar daripada Tesla.

Anwar juga berkata, puluhan ribu peluang pekerjaan mahir bakal direalisasikan menerusi pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman Tesla di Cyberjaya serta kerjasama di Petaling Jaya, Selangor.

Terdahulu, ketika mengulas mengenai dakwaan pembatalan Tesla berhubung perancangan mengembangkan operasi pengeluaran di rantau ini, Tengku Zafrul berkata, pengeluar EV yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, harus menjadi pihak yang menjawab perkara terbabit.

Katanya, beliau bukan individu yang sesuai untuk menjawab dakwaan berkenaan. – 9 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related