Olimpik Paris 2024: Raih pingat gangsa, Kedah beri ganjaran kepada Zii Jia

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri akan menghubungi keluarga pemain kelahiran Alor Setar itu untuk menentukan tarikh sesuai bagi menyerahkan ganjaran tersebut

8:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kedah akan memberikan ganjaran wang tunai kepada pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia di atas kejayaannya memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri akan menghubungi keluarga pemain kelahiran Alor Setar itu untuk menentukan tarikh sesuai bagi menyerahkan ganjaran tersebut.

“Ada ganjaran. Kita akan umumkan bila dia balik nanti. Tengoklah dia nak apa. Tapi biasanya kita bagi ganjaran wang tunailah.

“Tunggu dia balik dulu. Kadang dia ada kejohanan di tempat lain dan ada latihan. Kita akan hubungi keluarganya,” katanya pada sidang media di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah hari ini.

Isnin lalu, pemain yang menduduki ranking keenam dunia itu meraih gangsa selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

Terdahulu, Zii Jia terlepas peluang untuk mara ke pentas final selepas tewas kepada jaguh Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada aksi separuh akhir.

Sementara itu, Sanusi memaklumkan atlet kelahiran Kedah lain yang turut bertanding di Sukan Olimpik akan menerima ganjaran sekiranya memenangi sebarang pingat.

“Nurul Izzah (Izzati Mohd Asri) yang tengah bertanding (keirin) juga dari Kedah. Ada pingat adalah ganjaran,” katanya. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related